Pages

Saturday, August 21, 2010

Rahasia Daun Alfafa

Thursday, January 27, 2005

KESIHATAN : Rahsia Alfalfa kekalkan kesihatan tubuh

TAHAP kesedaran masyarakat Malaysia terhadap pentingnya kesihatan dalam amalan gaya hidup seseorang semakin meningkat dewasa ini.

Hebahan maklumat mengenai kesihatan di media cetak mahupun media elektronik sering mendapat tumpuan dan maklum balas positif daripada orang ramai.

Malah masyarakat sekarang semakin menyedari faktor kesihatan banyak mendatangkan impak yang besar dalam kehidupan mereka.

Bagi memastikan mereka kekal sihat, masyarakat sekarang sanggup berbuat apa sahaja supaya tubuh badan mereka berada dalam kondisi yang baik.

Ekoran kesedaran yang wujud, ramai pengusaha produk kesihatan dalam dan luar negara mengambil peluang keemasan ini memperkenalkan barangan mereka di pasaran tempatan.

Antara produk kesihatan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna ialah Alfalfa Klorofil.

Keberkesanan produk tersebut semakin diperakui oleh orang ramai berikutan sambutan yang diterima di pasaran.

Produk Promo Eksekutif AA Network Sdn. Bhd., Low Hooi Bee berkata, Alfalfa Klorofil merupakan produk kesihatan yang berfungsi sebagai makanan tambahan untuk mengembalikan kecergasan tubuh badan manusia.

Menurut beliau, alfalfa (medicago satvia) membawa makna `Bapa Segala Makanan' di mana gelaran ini diperoleh daripada masyarakat Arab di Persia sejak beberapa abad lalu.

"Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur akar yang unik di mana ia boleh menyerap pelbagai zat galian, vitamin dan lapan jenis asid amino," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Low memberitahu, tumbuhan itu amat kaya dengan metionin, vitamin A, C, D dan K.

Vitamin K amat diperlukan oleh hati bagi menghasilkan protrombin iaitu satu bahan yang penting untuk pembekuan darah yang sewajarnya.

Sementara itu, jika dikaji dari segi istilah klorofil pula ialah perkataan Greek yang bermaksud daun hijau.

Zarah-zarah klorofil yang terkandung di dalam kloroplas merupakan organel-organel seni berbentuk cakera yang berada di dalam sel-sel tumbuhan.

Daun-daun dan batang tumbuhan berwarna hijau disebabkan oleh kandungan klorofil yang terdapat di dalam tumbuhan berkenaan.

Jelas Low, klorofil merupakan sejenis agen rawatan yang terhandal dan berfungsi secara semula jadi terhadap tubuh badan manusia.

Kadangkala ia digelar sebagai darah hijau sebab penyusunan molekulnya serupa dengan sel darah merah manusia, ujarnya.

Tambah beliau, kebanyakan klorofil yang dihasilkan pada masa kini telah diekstrak daripada daun-daun alfalfa.

"Alfalfa sememangnya diketahui kaya dengan klorofil iaitu sekurang-kurangnya empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa," katanya.

Dengan perkembangan pesat bidang sains dan teknologi, penyelidikan terhadap produk kesihatan seperti alfalfa telah berjaya dilaksanakan tanpa perlu berhadapan dengan sebarang kesulitan.

Malah kecanggihan teknologi moden memudahkan penghasilan alfalfa dalam bentuk pati pekat klorofil atau pun kapsul yang berisi serbuk.

Melalui cara tersebut ia turut membantu pembekalan nutrien dalam bentuk yang lebih mudah dihadamkan oleh tubuh manusia.

Menurut Low, kandungan protein alfalfa ialah sebanyak 18.9 peratus berbanding dengan daging 16.5 peratus, telur 13.1 peratus dan susu 3.3 peratus.

"Kandungan kalsium yang terdapat dalam alfalfa ialah 14 kali lebih daripada germa gandum dan 144 kali lebih daripada hati," jelas beliau.

Ulasnya, alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang paling beralkali di dunia dan kealkaliannya berupaya membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem tubuh badan manusia.

Melalui kajian yang dilakukan ke atas klorofil cecair, ia berupaya memberi manfaat untuk jantung, menghilangkan bau nafas, meningkatkan sel darah merah, meringankan masalah sengal pada sendi, bagus untuk ulser mulut dan perut, mengurangkan masalah sembelit, mengekalkan aliran darah dan sebagainya.

Bagi mereka yang sakit kerongkong dan hilang selera makan, mereka dinasihatkan supaya mengamalkan pengambilan alfalfa.

Namun begitu, setiap perkara yang baik tidak akan kita peroleh dengan segera kerana pembersihan dan penulenan sistem badan manusia secara semula jadi memerlukan masa yang agak panjang.

Pengguna dinasihatkan supaya mengambil klorofil secara konsisten bagi memastikan kemujarabannya.

Dalam pada itu, Low memberitahu, produk alfalfa yang diedarkan oleh AA Network tidak mengandungi sebarang bahan kimia, pewarna ataupun perisa tambahan.

"Produk ini juga menggunakan pati asli dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan utama ke atas pengguna."

"`Mungkin pengguna akan kerap membuang air kecil atau air besar sahaja," terangnya lagi.

Alfalfa Klorofil boleh diambil oleh semua peringkat usia kerana ia merupakan satu produk asli yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Mengenai cara-cara pengambilan Alfalfa Klorofil, pengguna boleh mengambilnya pada setiap hari iaitu satu sudu teh dibancuhkan ke dalam segelas air.

2 comments:

DmNetwork said...

Terima kasih info yang bermanfaat.

Nak Kurus Cara Sihat

Nur Herdayu Jami'an said...

Nice blog, tq for sharing. Jom singgah di blog saya dorajimi.blogspot.com dapatkan tips menghilangkan jerawat/hidung berdarah/kaki makan air etc