Pages

Friday, February 27, 2009

Terung pipit

`Green peas Malaysia!' Saiz dan warna memang tak tumpah seperti green peas, sekadarnya terung pipit ni berbiji. Ada juga orang sebut sebagai terung belanda, terung bulu ayam, terongan. Orang putih pun ada nama yang menarik : Prickley Solanum, Turkey berry, Devil's fig dan Fausse Aubergin. Nama botaninya pula ialah Solanum torvum.
Asal usul pokok terung pipit ini ialah dari Hindia Barat! Jauh.
Dari segi pemakanan ia sering digunakan sebagai ulam, perencah gulai, sambil tumis ikan bilis atau pun udang. Khasiat perubatannya ialah membantu pembekuan darah, melegakan batuk dan sakit perut/usus dan membantu melancar pusingan haid. apa yang menariknya tentang pokok terung pahit ini ialah ia mengandungi sejenis bahan kimia ` solasodine' yang digunakan untuk menghasilkan sejenis hormon steroid. Steroid jenis ini kerap digunakan untuk merawat barah, penyakit Addison's,penyakit saraf ( rheumatic arthritis,dan juga pengeluaran ubat pencegah kehamilan. ( Orang tuan-tua di kampung berpesan: Jangan ambil/makan banyak-banyak kerana cacing roman/kerawit gemar sangat terung ni!)