Pages

Tuesday, October 28, 2008

Pelbagai Kegunaan WD-40

Hari ini saya nak cakap sedikit pasal non-herba. WD-40. Mungkin ramai yang mengenali produk ini. Bagi yang belum mengenali, sebenarnya banyak produk yang menyerupai WD-40 dari segi fungsi serta pelbagai kegunaannya, tetapi memandangkan WD-40 lebih awal dalam pasaran dan banyak dijual di pasaraya, minimarket, 7-eleven, hypermarket, kedai accessories, maka eloklah kita beli satu.
Sebenarnyanya WD-40 ini sering digunakan oleh mekanik. Pergilah kedai mekanik mana pun kita akan lihat jenama ni. Kegunaan WD-40 dalam kehidupan seharian kita:-
1) Kasut kulit yang baru dibeli, jika di semburkan dengan WD-40 akan membantu mengelakkan kulitnya daripada cepat pecah/merekah.Jangan spray banyak2.Lepas spray polish dengan kain lembut)
2) Semburkan WD-40 pada gelas minuman yang melekat. Tunggu agak 10 saat. Goncang2 sikit, pusing sikit, anda boleh buka dengan mudah saja. Pastikan anda basuh gelas-gelas tersebut dengan sabun sebelum digunakan/disimpan.
3) Melekangkan alat permainan kanak-kanak yang melekat. Sembur saja WD-40. Ia mudah menanggalkan alat permainan kanak-kanak yang terlekat tu.
4) Anda tidak cermat semasa menggunakan gam UHU/gam gajah atau mana-mana gam yang cepat bertindak. Sebahagian daripada gam melekat di tangan/jari. Nak buang memangnya sukar. Sembur saja WD-40./ Dalam lima minit semua beres.)gosok2 la sikit)
5) Cincin terlekat di jari sukar nak tanggalkan? Semburkan sedikit WD-40. Tolak cincin ke atas dan ke bawah. Nah. mudah saja tertanggal.
6) Jari cucu anda terlekat dalam botol mulut kecil. Tak susuh. Sembur sedikit WD-40. Biarkan 10 saat. Cabut cincin di jari perlahan-pahan. Lepas tu basuh dengan sabun.
7) Zip seluar ka, baju ka, jaket ka, beg tangan ka, jika terlekat jangan panik. Guna WD-40.
8) Banyak lipas? Sembur WD-40.
9) Banyak semut/serangga lain masuk dalam rumah. Mudah . sembur WD-40 di frem pintu/tingkap. Lihat kesannya. ....... bersambung!
sambungan..
10) Hulu cangkul, tukul, pahat, parang yang diperbuat daripada kayu sebenarnya boleh tahan lebih lama jika kita kerap sembur WD-40. Lepas sembut kita gosok dengan kain supaya rata.
11) Kanak-kanak memang suka makan chewing gum. Mak bapakmemang tak gemar. Apa tidaknya. Kesan peninggalan chewing gum ada di merata-rata. Yang tak seronoknya melekat di rambut budak-budak tu! Tapi jangan tuan-tuan bimbang, sembur sahaja WD-40 di rambut yang kena chewing gum. Gosok-gosok dan guna sikat yang keras. Getah tersebutmudah tertanggal. ( jangan sembut banyak sangat)
12) Kesan kotoran yang melekat di permaidani pun tak menjadi masalah. gunakan WD-40. Kemudian ambil air sabun yang suam-suam, cuci menggunakan kain.
13) Begitu juga dengan kesan air teh yang tidak mahu tanggal di atas meja makan/kabinet dapur. Guna WD-40.
14) Stiker di kereta anda yang amat degil. ( cukai jalan lama, stiker masa zaman U thn 70an tu).Cuba sembur WD-40. Tunggu 20-30 saat. Cuci dengan kain. Lihat kesannya!
15) Tangan yang bergris/minyak hitam selepas mencuba membaiki kita sendiri, boleh dengan mudah dicuci dengan menggunakan WD-40
16) Kesan sos tomato/sos cili yang degil dengan mudah ditanggalkan dengan menyembur WD-40. Selepas menyembur dengan WD-40, tunggu sekejap, kemudian basuh macam selalu!
17) Kalau kucing anda suka melepas di tempat-tempat yang anda/isteri anda memang tak gemar sangat,cuba sembur WD-40 di tempat yang ia sering melepas. Haiwan memang tak suka dengan bau WD-40. Ini akan sedikit sebanyak membantu mendisiplinkan kucing kesayangan anda!.... bersambung!

Sambunga ... WD40

18) Puas mop lantai dapur anda,masih tak hilang kesan bertompok-tompok. Cuba sembur WD-40. Biarkan seketika. Gosok dengan berus lantai. Kemudian mop!
19) Nak cuci kesan gam yang dah kering. mudah sembur WD-40. Tunggu 30-40 saat. Cuci dengan kain yang kesat.
20) Kesan marker atau crayon yang degil. guna WD-40!
21) Baju/pakaian anda terkena darah, sembur dengan WD-40. Biarkan seketika. Basuh seperti biasa menggunakan mesi basuh atau cuci tangan.
22) Buat apa buang duit banyak-banayk beli cecair tulah ,inilah, maha-mahal pulak tu,hanya kerana cuci mangkok tandas! gunakan WD-40. Mudah.( cuma dia tak wangi, yg baiknya dia tidak mengandungi asid!)
23) Tak tahan dengan burung-burung yang suka beretenggek di balkoni rumah anda? sembur saja WD-40 di tempat yang sang burung tu suka hinggap. Jamin burung tu tak hinggap lagi kerana mingkin taktahan dengan bau WD-40!
24) Kadang-kadang lenguh-lenguh sendi/di pelipat bawah lutut ka atau di pergelangan kaki ka mudah hilang dengan menyembur WD-40 dan dituruti dengan urut! Cubalah.
25) Sakit gigitan penyengat/tebuan/lebah. Cuba sembur dengan WD-40 di tempat yang kenan sengat tu. Liahat kesannya.
26) Bekas serangga yang melekat di gril kereta kita bila memandu pada waktu malam memang susah nak dicuci. Cuba sembur gril sebelum memandu pada waktu malam,anada akan dapati tak banyak lagi serangga yang melekat di gril kereta anda.
27) Ini pasal kereta lama yang di 'parking ' di bawah porch tu. Kesan minyak hitam yang menitik di lantai porch tu memang tidak menyenangkan. Tak payah susah-susah nak gosok teruk2. Semburkan WD-40. biarkan agak-agak 5 minit. Kemudian sembur pula air paip. Tentu mudah nak cuci.
28) Kereta anda warna putih. Pulang dari shopping, ada pulak tompok cat merah baru di bumper anda. Tak seronokkan. Mudah. Sembur WD-40. cuci dengan kain lembut.
29) Susah nak start engin kereta waktu pagi. Ambil WD-40. Sembur wayar plag termasuk pangkal plag. Start semula. Mudah.

( kesemua petua di atas ada yang berkesan/ada yang kurang ). Penulis tak berani nak jamin.

Sunday, October 26, 2008

Khasiat dan Kegunaan Daun Pandan

Semua orang kenal daun pandan. Bahasa botaninya P. amarylifolius. Inggerisnya screw pine leaves. Ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Di bandar, penghuni taman tanam dalam pasu. Pokok pandan ni memang banyak gunanya. Kadang-kadang kita tak terfikir begitu banyak faedahnya kepada kita dalam kehidupan seharian. Mari kita lihat sepenuhnya!

1) Makanan.
a) Airperahan daunnya daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti
kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka
(bengkang,kata orang utara)
b) Daunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam
c) Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih,
sirap, berbagai jenis bubur
2) Pelbagai:
a) Pewangi bedak sejuk
b) Pewangi asli bunga rampai
c) Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.
d) Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.
3) Ubatan:
a) Lemah saraf - ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan
hingga susut menjadi 2 gela). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
b) Buang angin dalam badan : Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi
butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan
muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga
ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan
2/3 kali sehari.
c) Gelisah : Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis
dan minum 2/3 kali sehari.
d) Rambut gugur: Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
e) Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya
berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3
biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan
3/4 kali seminggu.
f) Kelemumur: ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan
air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan
air sekali lagi.

Saturday, October 25, 2008

Lagi pelik tapi benar (Mata masuk cili)

Bab ni orang lekaki kena baca, kerana orang perempuan memang lali dah. Pasal tumbuk sambal belacan.(pakai lesung batulah apa lagi. Buat sambal pakai blender tak sedap)
Bukannya tak beringat, tapi kerana tak cekap maka melayanglah biji cili masuk ke dalam mata. Memang pedih dan sakit. Rawatannya agak mudah aja. Ambil air (paip) dan terus jiruskan di ibu jari kaki kanan atau kaki kanan, jika terkena mata kiri. Begitulah sebaliknya. Bila dah agak reda sikit, bolehlah basuh mata anda dengan air sejuk. Kalau berkesan bagi tau kat kawan-kawan!

Friday, October 24, 2008

Ikan,Ikan,Ikan..

Harga minyak turun. tetapi cuba tuan cek harga ikan dipasar, turunkah? Tak. Tenggiri ,masih berlegar sekitar RM25 -30. Nampaknya kita menghambat wang yang semakin mengecil ( Inflasila nakpakai istilah ekonomi). Beli mesti berhemat. Mesti berbaloi dengan poket! Jangan beli ikan segar di pasar, tetapi busuk di rumah.betul. Beli ikan tak boleh lagi pakai setail orang kaya2. Tunjuk dengan jari (kadang2 dengan muncung ja), buka beg tangan, bayar! Kena smart. Jadi eloklah tengok tip-tip membeli ikan agar wang yang kita keluar berbaloi.

1) Ikan. ( Elok jangan beli terlalu awal pagi - masih ais banyak dalam ikan, tentu lebih beratkan?). Yang pandai beli ikan biasanya nyonya2 yang tua2 tu. Mereka cerewet. Perhatikan bagaimana mereka memilih ikan dan menawar harga. Membeli ikan ni kena guna mata dan jaridan hidung!
1.1 Sisik - pilih yang sisiknya masih bercahaya/bersinar/tidak mudah
tanggal/agak berlendir


1.2 Insang - jika berlendir, bermakna ikan masih baru lagi. Jangan malu2 gosok
dengan jari.
1.3 Perut - Kalau dah pecah tak perlu belilah. Tentu ikan lama.
1.4 Mata - Mata masih jernih. Kalau dah merah tak payah belilah
1.5 Bau - khususnya ikan pari. Elok kita hidu/cium dahulu. Kalau dah berbau, tak
payah belilah, kerana takut beli ikan pari yang baru beranak! Baunya hanyir.
Ikan lain pun jika kita rasa kurang puas hati, hidu terlebih dahulu.
1.6 Badan ikan - tekan (jangan kuat sangat.nanti dimarahi tauke pula). Kalau
lembut sangat tak usah belilah. Kalau terlaku keras pun tak usah beli.
Mungkin banyak sangat ubat tahan (pengawet).
1.7 Ikan isi seperti tenggiri, merah, terubuk biasanya dijual mengikut potongan
2cm/4cm. Perhatikan sama ada ada darah atau tidak. Kalau masih ada darah,
nampaknya ikan masih baru. ( Jangan tertipu dengan darah import - sengaja
disapu dengan darah ikan lain). Kalau selepas dipotong, tiada darah segar
langsung. pudar/pucat. maknanya ikan lama. Boleh beli tetapi biarlah harga
yang jauh lebih murah!

2) Sotong - Jangan terlalu ghairah membeli sotong yang keras/ bulat/ bersinar!
Mungkin banyak bahan awet. Belilah yang agak ` kepek ' sikit, warnanya sedikit
kemerahan. Cuba hidu. Kalau dah busuk, tak perlu belilah.

3) Siput/kerang - Kalau nak yang segar, perhatikan yang masih hidup. Isinya keluar di
tepi cangkerang. Jangan lupa cium/hidu. Pilih sendiri kerang/siput tersebut.
Jangan biarkan peniaga mencedok sendiri.

Wednesday, October 22, 2008

Garam,gram,garam .......

Garam yang kita tahu, masin atau tawar masakan kita! sebenarnya banyak kegunaan garam (garam makan) dalam kehidupan kita. Dan banyak pula yang kita tidak tahu.Sedikit maklumat : US pengeluar terbesar garam dunia - 2002, 43.9 juta metrik tan, kedua China, 35 juta metrik tan, diikuti Germany, 15.7 juta metrik tan, India, 14.8 juta metriktan, Kanada, 13 juta metrik tan). Lain2 kegunaan garam ...
1) Cuci bunga tiruan - ambil 1/4 cawan garam. Masukkan ke dalam beg kertas bersama bunga tiruan. Goncang. Lihat kesannya
2) Cuci bekas bunga (dll) yang kotor. Ambil garam dan gosok bahagian dalam vas.Akhir sekali cuci dengan airsabun. Kalau jari-jari tak sampai, kerana bekas sempit. Mudah. Masukkkan kedalam bekas tersebut dengan larutan garam , goncang perlahan-lahan, jika ada berus botol, gunakan. Terus basuh. Lihat kesannya.
3) Agar bunga tiruan kemas dalam bekasnya. Ambil ambil garam. Masukkan ke dalam bekas bersama air secukupnya. Susun bunga plastik di dalamnya. Garam tersebut akan mengeras di bahagian bawah dan membantu menegakkan bunga tersebut. Satu faedah lagi, tak payah bimbang pasal jentik-jentik. tambah air jikasusut.
4) Mencuci kesan minyak/gris dari karpet.
Ambil 1 bhg garam bersama 4 bahagian spirit. Gosok di tempat yang kotor.
5) Kesan air di perabut kayu atau bekas kaca memang tidak cantik. Boleh dibuang dengan menggosok campuran garam halus dan air, menggunakan kain yanglembut.
6) Span dapur atau span untuk mencuci lantai dapat dipanjangkan jangka hayatnya dengan merendam di dalam larutan air garam ( 1/4 cawan garam + 1 liter air)selama semalaman.
7) Tersengat lebah, sapu dengan serbuk garam. Ia dapat mengurangkan kesakitan/bengkak
8) Gatal gigitan nyamuk. sapu dengan larutan air garam. Kemudian sapu pula dengan minyak masak.
9) Kasut/stoking busuk/masam? Tabur sedikit serbuk garam halus. Biarkan sejam/dua. Lihat kesannya.
10) Banyak semut masuk ke dalam rumah. Tabur garam di laluan semut. Pasti semut tak masuk
11) Bosan dengan kesat kotor degil dalam kuali? Mudah. Rendam kuali dalam air /larutan garam semalaman. Besoknya masak air gram dalam kuali tu. Lihat kesannya.
12) Untuk surirumah. Kerapkali masakan kitamendidih/meruap, ia meninggalkan kesan yang tak seronok dilihat di permukaan dapur. Semasa masakan meruap/cepat-cepat tabur garam .Biladash selesai masak, ambil kain dan terus lap beberapa kali/terakhir dengan air. Lihat kesannya.
13) Papan cincang/potong sayur/daging kotor? Basuh dengan air dan sabun. Gosok pula dengan kain yang direndam dalam larutan garam. Lihat kesannya.
14) Nak cuci kesan teh/kopi? Ambil garam halus. Tabur ke tas kain lembut.Gosok di tempat yang kotor. Kalu takhilang juga, campur sedikit cuka makan dan gosok lagi menggunakan span. Lihat kesannya.
15) Mudah kupas telur yang direbus. Masukkan sedikit garam ke dalam
air yang sedang mendidih. masukkan telur. lihat kesannya.
16) Nak tau telur ayam yang baru dibeli segar/tidak. Mudah. Masukkan 2 camca besar garam ke dalam air (dlm mangkuk/bekas yang sesuai). Telur ayam segar akan tenggelam manakala yang lamaakan timbul!
17) Membasuh daun bayam agak sukar kerana daunnya yang tidak rata. Mudah. Selepas basuh, rendam dalam air garam/tos.
18) Untuk mengekalkan kesegaran buah yang telah dipotong/hiris rendam dalam air garam seketika
19) Membersihkan telur yang jatuh/pecah. mudah. Tabur garam dan sapu dengan kain.
20) Menghilangkan kesan peluh dibaju/bawah ketiak cara mudah. Larutkan 4 camca garam ke dalam 1 liter air panas. Guna span/kain lembut dan gosok ditempat yang kotor. lihat kesannya.
21) Rumput rumpai di celah-celah simen kawasan porch rumah. Malas nak racun (racun mahal).Mudah. Tabur garam.
22) Siput babi banyak? Tabur garam.
23) Sterekia letrik (iron) kotor. Memang susah nak tanggal. Mudah. Tabur sedikit garam atas surat khabar lama.letak di atas papan seterika. Set seterika ke suh paling panas. Seterika garam tersebut beberapa kali. Lihat kesannya.
24) Menghilang bau mulut cara mudah/murah. Campur 1 sudu makan garam dengan 1 sudu makan soda bikarbonat. Goncang supaya sebati. kumur. Rasakan kesannya.
25) Tuala sentiasa kelihatan baru. Kali pertama, atau 2 atau 3 kali membasuh tuala yang baru, cuba basuh bersama secawan garam. Garam akan membantu mengekalkan warna tuala supaya kelihatan seperti baru.
S E L A M A T M E N C U B A

Monday, October 20, 2008

RawatanTerkena Air, Minyak Panas/Api

Malang tidak berbau. Itu selalu disebut orang tua-tua. Kemalangan dalam rumah adalah lumrah. Bagi ibu-ibu muda atau pengasuh kejadian seperti terkena air atau minyak panas atau terpegang benda yang panas; tidak terkecuali juga api memang amat mencemaskan, apatah lagi tenggelam dengan jeritan/tangisan anak yang tercedera tu.Tidak pula semua rumah yang menyimpan peti pertolongan cemas dan kalau ada pun barangkali tiada ubat/lewat tarikh luput atau tidak ada ubat yang diperlukan! Tapi, jangan susah hati, ubat/rawatan terkena benda panas (sebelum dibawa ke klinik/hospital, jika serius) mudah saja.

a) Ambil minyak rambut dan sapu di tempat yang terkena atau,
b) Sapu dengan mentega atau,
c) sapu dengan minyak pelincir ( guna baki dalam bekas) atau
d) sapu madu asli atau
e) sapu dengan susu segar atau susu pekat atau
f) sapu dengan ubat gigi atau
g) sapu /lumur dengan telur putih (buang/simpan bahagian kuning)

Khidmat Bomoh Tradisional

Khusus untuk daerah Baling. Khidmat Rawatan Secara Tradisional untuk penyakit- penyakit berikut:

i) tergeliat/terseliuh
ii) patah tulang
iii) buang angin dalam badan
iv) lemah tenaga batin
v) Urut seluruh badan (body massage)
vi) kurang tenaga badan
vii) karang/kencing tidak lawas
viii) kanak-kanak kencing malam

Hubungi Pak Ngah Jalil ( Abdul Jalil Abd Rahman), Belakang SMK Syed Abu Bakar, 09200 , Kupang ,Kedah. ( Depan kubur ) No . telefon:0195089973

Sunday, October 19, 2008

Rawatan Bisa Gigitan Unggas Berbisa

Ada bermacam-macam petua merawat gigitan serangga berbisa. Ada yang berkesan dan ada pula yang kurang berkesan. Namun tidak salah kalau mencuba petua ni.

i) disengat lebah -
a) sapu dengan manisan lebah asli.insyaAllah baik
b) Cabut sengat lebah. Ramas beberapa helai daun melati dan tampal/sapu di
tempat terkena gigitan.

ii) disengat kalajengking -
jika kita pasti sengatan kalajengking. Mudah. ambil beberapa biji lada yang
ditumbuk halus. Masukkan sedikit minyak kelapa dan seterusnya tampal ditempat
terkena sengatan. Balut/ikat dengan kain putih/bersih. ( Biarkan selama10 -15
minit untuk melihat kesannya)

iii) disengat tebuan

a) sapu dengan manisan lebah asli atau,
b) Asah pisau( yg tidak berkarat) dibatu pengasah bersama sedikit air. Ambil
air yang bercampur dengan habuk asahan batu dan terus tampal di tempat yang
terkena gigitan

iv) ulat gatal/ulat bulu
jika anak anda terkena/tersentuh ulat bulu maka kesannya memang menyeksakan.
Cara mudah untuk merawatnya ialah dengan menggosok bahagian yangterkena dengan
sedikit minyak tanah.

v) disengat lipan.
a) sapu manisan lebah asli atau,
b) ambil beberapa biji asam jawa. Tumbuk hingga lumat.Masukkan sedikit air
untuk memudahkan menempek/menampal di tempat terkena gigitan.

Kemangi

Pokok kemangi memang terkenal di kawasan luar bandar. Ia juga dikenali sebagai Selasih Hitam, Ruku, Oku atau dalam Bahasa Inggerisnya Holy Basil/Scred basil dan Tulasi.
Nama Botaninya ialah Ocimum tenuiflorum. Herba ini memang tidak asing lagi di kalangan penganut Hindu kerana pelbagai gunanya! Memang pun pokok ini berasal dari Benua India. Pokoknya tidak berapa tinggi, sekitar 90 -200cm sahaja. Ia mudah ditanam dengan mengerat batangnya atau menggunakan biji.

Pucuknya boleh dimakan sebagai ulam atau pun di masukkan bersama herba/ramuan lain dalam nasi ulam atau nasi kerabu. Daunnya yang wangi mengeluarkan sejenis minyak yang bertindak sebagai anti-oksidan, anti bakteria, anti radang.Ia juga boleh mengawal/menghalang bakteria yang menyebabkan keracunan makanan danmampu bertindak sebagai racun serangga.

Dalam perubatan tradisional, ia dapati boleh meredakan lelah/asthma, bronkitis, batuk, selsema, demam dan juga masalah penghadaman.Daunnya yang ditumbuk lumat, ditampal di badan untuk nerawat gigitan serangga, kurap. Daun yang telah dikeringkan boleh dijadikan teh untuk merawat loya-loya, angin dalam perut serta berak darah. Bunganhya yang diadun dengan manisan lebah boleh mengurangkan sakit urat. Bijinya pun berguna untuk merawat penyakit /masalah buang air kecil. Akarnya pun berguna untuk merawat demam.Pendek kata keseluruhan pokok kemangi amat berguna kepada manusia.mereka yang mengenalinya. Akhir-akhir ini kajian-kajian menunjukkan bahawa kemangi dapat membantu mengurangkan paras gula pesakit kencing manis serta membantu menghindarkan ulcers yang berpunca daripada kesan asid ubat-ubat kimia.

Thursday, October 16, 2008

Pokok Kapal Terbang

Pokok kapal terbang yang daunnya berbau ` sedikit busuk` didapati boleh di mana-mana sahaja dari Perlis sampai ke Sabah. Kadang-kadang dikenali jua sebagai busuk-busuk, daun melalang atau Christmas bush, cruciata. Nama botaninya pula ialah Eupatorium odoratum L.
Pokok kapal terbang tumbuh bercabang hingga setinggi 2.5 m . Kebanyakan daunnya berwarna kuning kehijauan. Warna bunganya pula putih keunguan. Dalam rawatan perubatan tradisional daunnya yang dilumatkan/tumbuk bersama sedikit kapur makan digunakan untuk merawat luka-luka kecil dan boleh juga digunakan untuk menghentikan pendarahan. Manakala daunnya yang direbus/masak sering digunakan untuk meringankan batuk, demam,demam kuning, pendarahan dan sakit perut. Selain dari itu ibu-ibu selepas bersalina menggunakan daun ini untuk bertunku.

Wednesday, October 15, 2008

Sakit telinga

Anak-anak kecil diwaktu siang hari sentiasa aktif, walau pun kadangkala mereka mengalami sakit-sakit, mereka kerapnya akan cuba kawal untuk tidak terlepas untuk bermain. Malam hari lain pula jadinya. Anda tentu sudah pernah mengalami peristiwa anak-anak menjerit/menangis di waktu tengah malam akibat daripada sakit telinga. Bukan sakit kerana jangkitan kuman/menanah/atau terluka, tetapi sakit kerana telinga dimasuki semut atau makhluk serangga yang kita tidak dapat pastikan spesisnya. Kalau dah pukul satu pagi,memang kelam kabut. Bukan senang nak korek telinga anak kecil, malah bahaya pula. Mana tahu mungkin terluka bahagian dalam telinga. Lagi mudharat!
Untuk mengatasi masalah ini ada satu petua yang mudah. Anda hanya perlukan lampu picit yang terang. Suluhlah terus ke dalam lubang telinga anak anda agak 15/20 minit. Biasanya serangga akan tertarik kepada cahaya yang terang dan terus merayap keluar!

Sunday, October 12, 2008

Pokok belimbing tanah

Belimbing tanah adalah termasuk dalam spesis herba renek. boleh tumbuh sehingga 60 cm.Mudah didapati di kampung-kampung atau kebun getah/dusun.Mempunyai batang kecil, lembut berwarna hijau. Daunnya berbentuk jantung, 3 helai setiap tangkai. bunganya kecil putih keunguan. Buahnya pula kecil, agak 5mm berbentuk seperti belimbing biasa cuma saiznya sahaja kecil.Menariknya rasanya masam seperti belimbing muda. Di luar bandar, akar belimbing tanah sering digunakan untuk melegakan penyakit darah tinggi dengan meminum air rebusan akarnya.
Mengikut catatan dalam beberapa buku-buku perubatan tradisional, pokok belimbing tanag juga dapat menyembuh penyakit-penyakit seperti :
a) kencing manis
b) lemah jantung
c) buah pinggang
d) buasir

Cara pengambilanya ialah dengan merebus kesemua pokok termasuk akar sehingga mendidih. Minum airnya 2 kali sehari.

Friday, October 10, 2008

Pelik tapi benar - tersangkut tulang ikan di dalam kerongkong

Dalam kehidupan kita sehari-hari,dari pagi hingga petang, ada saja sesuatu yang tidak menyenangkan kita. Sakit perutlah, pening kepala, sakit tumit, bengkak gusi, sakit bulu hati dan macam-macam lagi. Yang lebih kalut lagi ialah semasa kita makan. terlekat tulang! Ikan terubuk yang banyak tulang tu. Isi, sedap dan lemak. sekali lekat rasa tak selesa sepanjang hari.Macam-macam ragam dan cara orang berusaha nak buang tulang ikan yang terlekat di kerongkong. ada yang telan ketul nasi, ada pula yang telan pisang. Nak cabut dengan jari tak sampai pulak, kecuali jari xtra panjang. Jangan bimbang ada satu petua orang-orang tua yang dengarnya pelik/anih/tak praktikal tapi selalu membuahkan hasil yang positif. Bagaimana? mudah saja.

......ambil sedikit minyak masak (seeloknya yang fresh) dan sapu di lubang dubur.Buat sendiri . jangan minta tolong orang lain!

Thursday, October 9, 2008

Gangguan cacing kerawit

Kebiasaannya cacing atau kecacingan atau masalah yang berhubung dengan cacing dalam badan kita lebih tertumpu kepada kanak-kanak. Namun bagi orang dewasa masalah cacing ini tidak bagitu mendatangkan banyak masalah kecuali jika dijangkiti cacing kerawit atau di utara lewbih dikenali sebagai cacing rambu. Kesan aktiviti cacing jenis ini tidaklah sentiasa menggangu kita. Ia datang bermusim, mengganggu kita dikala kita sedang mesyuarat/belajar/kuliah dan yang tak seronoknya ketika hendak atau sedang solat.
Rawatan mudah ialah dengan mengambil ubat kimia yang banyak difarmasi/klinik swasta atau hospital kerajaan. Namun kadang-kadang mengambil ubat-ubat jenis ini boleh mendatangkan kesan-kesan kesampingan yang tidak terduga. Yang terlebih baiknya kita mengamalkan cara-cara perubatan tradisional. Murah dan selamat. Antara petuanya ( Kalau salah tolong betulkan).

a) Gunakan sedikit santan yang dicampur dengan air perahan/jus lobak merah. minum sebelum tidur.

b) makan akar seruntum atau dikenali juga sebagai petawali. Kalau sukar hendak telan kerana terlalu pahit, tumbuk /hancurkan, isi dalam kapsul dan minum bersama air suam.

c) makan 3 biji buah tamar selepas bangun tidur bersama air yang tidak dimasak/air mineral/telaga ( sebelum makan makanan lain).

Wednesday, October 8, 2008

Petua: Kencing tak lawas

Ramai lelaki pada usia melebihi 50 tahun mengalami masalah membuang air kecil; samada sukar atau tak puas/tak lawas. Ini amat menyukarkan kerana ia sedikit sebanyak mengganggu kita sewaktu menunaikan solat. Kita perlu sentiasa mempunyai kain yang extra untuk menyelesaikan masalah ini. Ini lebih sukar sekiranya kita membuat perjalanan jauh.
Ada beberapa cara/ petua orang tua-tua untuk mengurangkan masalah kencing tak lawas ini. Antaranya ialah :

i) selepas membuang air kecil, cuba batuk-batuk kecil beberapa kali

ii) jangan kencing berdiri
iii) ambil telur puyuh 3 biji, gula batu anggaran sebesar 2 jari, air nasi yang mendidih pada
anggaran 5 sudu besar . Gaul/kacau kesemuanya sampai hancur. Minum ramuan ini
sebelum tidur selama tempo 2 atau 3 bulan sehingggalah penyakit ini reda.

iv) ambil daun dukung anak ( banyak terdapat di kampong/ juga dalam pasu bunga), rebus
dan minum airnya

v) ambil daun dan batang misai kucing ( mudah ditanam dalam pasu bunga) .rebus dan
minum airnya seperti kita minum teh

vi) ambil 10 kuntum bunga kancing baju/butang yang masih segar.Rebus dan minum airnya 1/2 kali sehari.

vii) ambil 2/3 helai daun hempedu bumi (pahit) ke dalam cawan. Masukkan air yang mendidih.
minum bilaagak sudah suam.

viii) minum air perahan dari daun ketumpang air/atau sirih air (utara)

ix) Ambil segenggam barli, rebus, minum airnya ketika suam. ( Boleh buat 2 kali rebusan )

Pokok ara tanah

Pokok ara tanah ini boleh didapati di merata kampong di seluruh Malaysia. Tingginya lebih kurang 10-30 cm bergantung kepada kesuburan tanah. Juga dikenali sebagai susu nabi, susu kambing, gelang susu, lancang. Pokok ini mudah dikenali kerana pertama ia mempunyai getah berwarna putih, daunnya tumbuh berpasang. Sering digunakan oleh surirumah di kampong-kampong untuk merawat penyakit lelah, paru-paru, batuk serta sakit kerongkong.Untuk tujuan ini biasanya seluruh bahagian pokok termasuk akar direbus dan diminum air rebusannya. Boleh juga digunakan untuk merawat penyakit kulit. Daun, batang serta akarnya ditumbuk bersama sedikit air dan ditampal ditempat yang berpenyakit. Bagi rawatan katarak, sedikit getah ara tanah ini dititik ke dalam mata. Walau bagaimana pun getah ini tidak boleh dimakan, boleh menyebabkan keracunan!