Pages

Saturday, August 21, 2010

Lagi Tentang Khasiat Madu

Khasiat madu untuk kesihatan

MASIH ramai yang tidak menyedari khasiat madu lebah dan kepelbagaian kegunaannya dalam kehidupan seharian manusia.

Tidak kurang juga yang menganggap fungsi madu lebah hanya satu iaitu enak sekiranya dimakan bersama-sama dengan roti, manisan ataupun dicampur ke dalam minuman.

Sekiranya diimbas kembali sejarah silam dan asal-usul madu lebah, ia telah dikenali sejak dari zaman Firaun yang memerintah Mesir 300 tahun sebelum Masihi.

Kemasyhuran khasiat madu lebah turut tersebar luas sehinggalah ke zaman tamadun Parsi, Greek dan juga Rom.

Malah sejarah Islam sendiri ada menceritakan kegunaan madu lebah di dalam perubatan amatlah masyhur dan ini bertepatan dengan firman Allah subhanahu wa taala di dalam ayat 68 hingga 69 surah an-Nahl bahawa madu itu adalah syifa' (penawar) kepada manusia.

Selain negara-negara Asia Barat, di Eropah juga terdapat sebuah kesatuan diberi nama Apitherapy yang diasaskan oleh Profesor Bernard Descottes iaitu seorang berbangsa Perancis yang menggunakan produk madu lebah sebagai satu teknik penjagaan kesihatan.

Bagi penduduk di Asia Barat iaitu masyarakat Arab sememangnya mereka tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan madu lebah sebagai minuman kesihatan harian.

Di kalangan masyarakat Cina pula amalan memberi madu lebah kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi telah lama dipraktikkan.

Namun begitu, ledakan pembangunan dan perkembangan pesat sains dan teknologi telah menimbulkan pelbagai kesangsian terhadap keaslian produk madu yang ada di pasaran.

Kini timbul pula masalah bagaimana hendak mencari madu yang benar-benar tulen, mentah dan bebas daripada campuran bahan-bahan lain.

Pengarah Urusan Syarikat The Lost Heritage Herba Enterprise (TLHHE), Zulkarnain Yunus berkata, jika lebah yang diternak dari ladang-ladang yang sumber madunya agak terhad kepada jenis bunga-bunga tertentu sahaja mungkin kualitinya tidak sebaik madu lebah liar dan harganya adalah lebih murah.

Menurut beliau, untuk mengenal pasti ketulenan madu juga bukanlah satu kerja yang mudah kerana pelbagai teori digunakan bagi mengenal pasti ketulenannya.

"Jika pengguna tersilap pilih mungkin mereka boleh terbeli madu yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain dan ini akan mengakibatkan kemudaratan kepada sesetengah penghidap penyakit," katanya.

Zulkarnain memberitahu, ada sesetengah pengguna sanggup mencari madu asli dengan berbelanja besar bagi tujuan tersebut. Percaya atau tidak harga madu asli di Asia Barat boleh mencecah sehingga RM1,000 sekilogram.

Katanya lagi, madu sesuai dijadikan makanan tambahan berikutan khasiatnya yang tinggi kerana ia turut mengandungi bahan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

"Madu juga berfungsi menghilangkan kepanasan badan, batuk, serak suara, mencerdaskan otak serta dapat melembapkan kerongkong."

"Malah ia juga sesuai bagi meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, menyelaraskan peredaran darah, meningkatkan daya ketahanan badan serta mencegah selesema," tambahnya.

Madu juga sesuai diamalkan oleh wanita mengandung (6 bulan ke atas) dan selepas bersalin (selepas 20 hari).

Menyedari akan khasiat madu lebah ini, TLHHE turut memperkenalkan madu lebah tulen berjenama Agive yang kini telahpun berada di pasaran.

Agive dihasilkan seratus peratus daripada madu lebah tualang tulen iaitu sejenis spesies lebah tualang liar (Apis Dorsata) yang biasanya bersarang dan menghasilkan madunya di puncak-puncak pokok tualang (Kompassia Excelsa).

Beliau menerangkan, madu yang diperoleh ini terjamin dari segi mutu dan khasiatnya.

Bagi memastikan ketulenannya TLHHE dengan kerjasama salah sebuah universiti tempatan telah menjalankan uji kaji bagi memastikan ketulenannya di makmal secara saintifik.

TLHHE yang ditubuhkan hampir setahun lalu telah memasarkan Agive di farmasi-farmasi dan kedai-kedai ubat di sekitar Lembah Klang dan Selangor.


** Credit : UtusanOnlin

No comments: