Pages

Thursday, March 5, 2009

mAHKOTA DEwA

hmm.. namanya pun mengundang 1001 konotasi. Masih asing lagi di Malaysia. maksudnya ramai yang masih belum mengenali pokok yang dikatakan pokok ajaib ini. asalnya dari Irian jaya, Indonesia. saya baru berkesempatan melihat pada jarak yang terdekat pokok ini di rumah ustaz Shukur di Kg Jalan Baru, Guar Cempedak, Kedah. Banyak juga yang ditanamnya. Hampir sekeliling rumah.
Ustaz ini dah mencebur dalam bidang penanaman pokok MD ni hampir 5 tahun dah. Banyak amat khasiatnya. Nama botani pokok MD ini ialah phaleria macrocarpa/papuana. Di Indonesia, khususnya di pulau Jawa, ia juga dikenali sebagai makuto dewo, makuto rojo atau makuto ratu.Selain dari itu nama-nama lain turut disebut seperti pusaka dewa, buah dewa, umbi dewa, beluntas dewa dan amalakama. Di sebelah pulau banten ,ia lebih dikenali sebagai pokok raja ubat. Di kalangan masyarakat cina pula ia dikenali sebagai buah pau atau `ubat pusaka'. Kajian yang dibuat oleh Dr Regina Sumastuti, dari fakulti perubatan Universiti Gajah Mada mendapati daun serta kulit MD mengandungi alkaloid, saponin, flanoida, flavanoid,polifenol dan tannin. Yang menakjubkan hampir kesemua bahagian pokok MD boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
Pokok MD ini tidaklah sebesar mana. Kecil saja. Pohonnya boleh mencapai ketinggian lebih kurang 3 meter. Daunnya hijau tua, berbentuk tirus. Manakala buahnya pula apabila masak berwarna merah menyala.
Khasiat buah MD:
MD dipercayai boleh membantu melegakan/merawat penyakit-penyakit berikut:
> diabetes
> kanser ( zat damnacanthal menghalang pertumbuhan sel kanser)
> gout
> hati
> alergi/alahan
> jantung
> berbagai penyakit kulit
> mengatasi penggantungan terhadap ubatan
> radang sendi
> meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza/selsema
> lemah syahwat
> tekanan darah tinggi
> jerawat.

Produk yang sering dijualkan di pasaran ketika ini ialah irisan buah yang dikeringkan. 4/5 hirisan di masukkan ke dalam secawan air panas. diminum. Ada syarikat yang telah membekalkan produk MD dalam bentuk jus..
Sekadar info ,bagi mereka yang berminat/memerlukan produk MD ini , silalah hubungi ustaz Shukur di talian 019 4046178 atau dapatkan terus daripada rumahnya yang beralamat ,
563, Kg Jalan Baru,
08300 Guar Cempedak.
Kedah DA.