Pages

Saturday, August 21, 2010

Kebaikan Madu Lebah

Saturday, February 12, 2005

Madu - Ubat pelbagai penyakit

MADU begitu sinonim dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kebiasaannya, masyarakat Melayu mempercayai bahawa madu adalah penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, terutamanya yang berkaitan dengan masalah kelamin atau seksual.

Kepopularan madu ini juga berkait rapat dengan saranan di dalam agama Islam itu sendiri.

Al-Quran menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, mahupun kesihatan tubuh badan dan rohani agar dapat mengerjakan segala perintah Allah s.w.t. dengan teratur.

Firman Allah dalam surah an-Nahl: 69 yang bermaksud: Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Dari perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.

Rasulullah s.a.w. juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa madu mempunyai keistimewaan tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan.

Di samping itu, madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Keistimewaan madu ini turut diakui oleh Latifah Napiah, 40, pengedar tunggal Madu Kandoo (madu Iran) di pasaran Malaysia.

Dengan keyakinan bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya yang diterangkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.: Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu penyakit tua. (Hadis riwayat Abu Daud)

"Mereka yang mengetahui khasiat madu akan menggunakannya secara rutin. Hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang dilakukan."

"Jika diamalkan setiap hari, ia akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup, terutamanya dalam kita melaksanakan ibadah puasa."

"Madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian."

"Selain itu, mereka yang mahu mengamalkan diet yang sihat, pengambilan madu adalah satu langkah yang bijak dan selamat," katanya sewaktu ditemui di Taman Samudra, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

Tambah pemilik Tiffa Beauty Care & Aromatherapy ini lagi, hadis daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang makan madu tiga kali sehari di dalam setiap bulan, tidak akan tertimpa ke atasnya bala yang besar, banyak kebenarannya.

Menurut Latifah, dalam perubatan tradisional, madu dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit.

Jika disapukan madu, akan dapat mengurangkan kesakitan sengatan dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan amat cepat menyembuhkan bahagian yang terbakar.

Pengambilan madu juga boleh menyembuhkan batuk dan mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh, khususnya pada bahagian kaki.

Di samping itu, banyak lagi penyakit yang boleh disembuhkan dengannya, misalnya hidung tersumbat dan kanak-kanak yang kencing malam.

Terang Latifah, madu tersusun atas beberapa molekul gula, seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral, asid amino dan asid folik.

Ia dipercayai boleh memberi tenaga, kecergasan badan dan minda serta membina kesihatan dengan membaik-pulih sistem dalaman badan.

Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah.

Bertepatan dengan firman Allah s.w.t., madu adalah ubat yang menyembuhkan bagi manusia.

Fakta ilmiah ini turut diakui para ilmuwan yang bersidang pada Persidangan Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) pada 20-26 September 1993 di China.

Di dalam persidangan tersebut dibincangkan perubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal daripada madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, jeli raja, serbuk sari dan propolis dapat mengubati pelbagai penyakit.

Sementara seorang doktor yang berasal dari Rumania mengatakan, bahawa beliau cuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, hasilnya, 2002 daripada 2094 pesakitnya sembuh sama sekali.

Para doktor dari Polandia juga mengatakan bahawa getah lebah dapat membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti buasir, penyakit kulit, penyakit gynecology dan pelbagai penyakit lainnya.

Yang pasti kata Latifah, antara khasiat madu ialah:

¥ Ia segera aktif menjalankan fungsinya.

¥ Memulihkan tenaga dengan segera.

¥ Boleh menghentikan batuk dengan cepat.

¥ Membersihkan dan membuang segala kotoran yang ada di dalam darah.

¥ Boleh mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan.

¥ Boleh menghentikan kesakitan sendi.

¥ Baik untuk sistem pernafasan.

¥ Perut dapat menyerap madu dengan mudah dan segera tanpa diproses di dalamnya lebih dahulu.

¥ Boleh membunuh kuman dan virus di dalam darah.

¥ Membaik-pulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki ataupun menambah keharmonian rumah tangga.

¥ Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta merta dan menghilangkan parut luka dengan segera.

¥ Menjana pertumbuhan otak.

¥ Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.

Beliau turut mengesyorkan agar sepanjang bulan Ramadan ini, mengambil dua sudu besar madu bersama air suam sewaktu berbuka puasa, sebelum tidur dan bersahur.

** Credit : UtusanOnline

No comments: