HERBA : Pokok Sembung rawat GOUT dan BATU KARANG
Penggunaan tumbuh-tumbuhan herba dalam rawatan penyakit kini sudah begitu sebati di kalangan masyarakat. Dahulu, orang kampung merupakan pengguna herba yang paling popular, tidak kira sama ada untuk rawatan penyakit, sebagai bahan menambah kecantikan dan kesihatan tubuh.
Dalam rawatan penyakit, orang kampung juga mengaitkan keberkesanan herba ini dengan jampi serapah dan mantera.
Keberkesanan ubat itu tidak diukur daripada kandungan kimianya tetapi lebih kepada kekuatan jampi serapah dan mantera tersebut.
Hari ini, kemajuan teknologi dan pembangunan industri bioteknologi dan farmaseutikal sedikit sebanyak menghapuskan mitos tersebut. Herba ubat adalah ubat sebenar tanpa diiringi jampi.
Berikutan kesedaran terhadap fungsi herba yang pelbagai, kajian telah dibuat dalam pelbagai aspek sama ada mengenal pasti rawatan penyakit berasaskan herba atau memberi nilai tambah kepada penawar sedia ada.
Prof. Dr. Zhari Ismail dari Universiti Sains Malaysia (USM) misalnya, berjaya menghasilkan ubat herba terpiawai bagi rawatan penyakit gout dan batu karang melalui penggunaan sejenis herba yang dipanggil pokok sembung atau capa.
"Biasanya di kalangan orang kampung, pokok ini dikenali sebagai daun telinga kerbau," katanya.
Projek tersebut adalah hasil sampingan pembiayaan daripada Skim Penumpuan Penyelidikan Dalam Bidang Keutamaan (IRPA) bagi projek penyelidikan pokok misai kucing.
Menurut Prof. Zhari, penyelidikan yang dimulakan pada 1998 boleh dianggap istimewa kerana memanfaatkan pokok sembung atau nama saintifiknya Blumea balsamifera yang begitu banyak terdapat di rantau Asia Tenggara.
Pokok tersebut adalah jenis renek, mengeluarkan bau yang kuat seperti kapur barus dengan daun lembut, berambut, panjang daun antara 7 hingga 17 cm dan lebar antara 2.5 hingga 5 cm.
Pokok tersebut juga mempunyai bunga serta buah.
"Kajian ini adalah hasil daripada projek pemiawaian herba tempatan bertujuan menyediakan industri herba tempatan menghadapi cabaran global, dengan tumpuan kepada herba terpiawai," katanya.
Projek tersebut katanya, perlu bagi memastikan kualiti herba terjamin kerana banyak produk herba dihasilkan sama ada bentuk mentah, ekstrak dan pil atau serbuk yang kualitinya tidak terjamin atau meragukan.
Katanya, pemiawaian herba perlu bagi memastikan pengekalan dan pengulangan sesuatu bahan atau ekstrak herba terjamin potensinya berdasarkan bahan atau sebatian aktif yang terkandung di dalamnya.
Ini kerana, kata Prof. Zhari, yang menentukan keberkesanan sesuatu tumbuhan herba ialah paras bahan aktif di dalamnya tidak kira sama ada ubat tersebut dalam bentuk bahan mentah, ekstrak atau produk akhir seperti serbuk dan pil.
"Penyelidikan ini cuba menghasilkan ubat berasaskan herba yang piawai hingga boleh ditingkatkan kepada herba farmaseutikal iaitu yang boleh menjamin kemujaraban."
"Kita kena pastikan bahawa mulai daripada bahan mentah hingga ke bahan ekstrak dan kemudian pil, jaminan bahawa bahan aktif sentiasa ada pada setiap proses itu," katanya.
Daun pokok tersebut katanya mengandungi sekumpulan bahan aktif yang dipanggil flavonoid dan sterol.
Beliau berkata, daun pokok tersebut sudah begitu popular dan telah diproses serta dipasarkan dalam bentuk pil di Filipina. Ia mujarab untuk rawatan batu karang berdasarkan kajian klinikal yang telah dijalankan di sana.
Manakala daun sembung tempatan pula penyelidikan untuk menjadikannya ramuan ubat telah dilakukan dengan mengekstraknya untuk diambil pati dan dipiawaikan.
"Kajian kita juga termasuk rawatan untuk penyakit gout," katanya.
Prof. Zhari menjelaskan, pengambilan ubat yang kerap mampu menghalang pembentukan berlebihan asid urik dan ia akan dikeluarkan dari badan melalui air kencing.
Pembentukan asid urik tersebut katanya dapat dicegah melalui aktiviti antioksidan yang bertindak terhadap enzim xantina oksidase yang wujud secara semula jadi di dalam badan.
Selain itu, bahan aktif herba ini juga berupaya merencat pertumbuhan kristal kalsium oksalat yang berupaya membesar menjadi batu karang.
Sehubungan itu, ubat berkenaan jika selalu diambil mempunyai keistimewaan iaitu ia dapat menghalang pembentukan asid urik yang menyebabkan gout dan batu karang.
"Masyarakat kita selalu mengambil sikap mudah iaitu hanya bertindak selepas menghidap penyakit," kata Prof. Zhari.
Sikap tersebut katanya, mungkin menjadi punca jumlah penghidap penyakit batu karang di negara ini agak tinggi iaitu antara lima hingga 10 peratus daripada jumlah penduduk.
Katanya, berdasarkan ujian makmal ubat tersebut menunjukkan keberkesanan yang setanding dengan ubat moden.
Apa yang menjadi masalah ialah bekalan bahan mentah perlu konsisten bagi memastikan ubat tersebut dapat dikeluarkan secara besar-besaran.
"Bagi sejumlah bahan mentah piawai, hanya 10 peratus bahan ubat yang dapat diperoleh melalui pengekstrakan," katanya.
Pada masa ini sudah ada pengusaha yang berminat untuk mengeluarkan ubat tersebut secara besar-besaran melalui kerjasama dengan syarikat swasta.
** Credit : UtusanOnline
Saturday, August 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment