Pages

Saturday, August 21, 2010

Ulam-ulaman

Penyelidik: Ulam kaya antioksidan

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Sudah lama diketahui sayur-sayuran segar baik untuk dimakan terutama ulam.

Ulam atau tumbuhan ubat merupakan makanan kegemaran sesetengah orang yang mesti ada, ketika makan.

Khasiat ulam kini sudah dibuktikan menerusi ujian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Bahagian Tumbuhan Ubatan di Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di sini.

Mereka telah menguji 20 tumbuhan ubat yang biasa dimakan dan mendapati bahawa separuh daripada sampel yang diuji itu kaya dengan antioksidan asli.

Seorang daripada penyelidik berkenaan Dr. Mohamed Ilham Adenan berkata pengambilan harian makanan yang mengandungi antioksidan boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik dan melambatkan proses tua.

Antioksidan adalah bahan yang boleh meneutralkan dan melawan bahan toksik dalam badan yang dinamakan radikal bebas.

"Semakin ramai orang kini makan ulam dan kami mahu lebih ramai mengetahui kebaikan ulam secara saintifik," katanya dalam satu temu bual.

Ilham berkata buah asam jawa atau nama saintifiknya "tamarindus indica" mengandungi aktiviti membersihkan superoksik iaitu sebanyak 98.7 peratus diikuti pucuk gajus (anacardium occidentale) (97.6 peratus), beluntas (pluchea indica) (96 peratus) dan pakis merah (nepharodium inophyllum) (94.1 peratus).

Ulam lain yang mempunyai aktiviti pembersihan superoksik melebihi 80 peratus ialah ulam raja (cosmos caudatus), pegaga (centella asiatica), terung kecil (solanum ferox), terung pipit (solanum tarvum), petai (parkia speciosa) dan selom (oenanthe javanica).

Penyelidik kanan itu berkata radikal bebas adalah ejen pengoksidan kuat yang boleh menyebabkan kerosakan oksidan kepada protein, enzim, DNA, RNA, asid tidak tepu dan sel membran.

Ia dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan umur seperti kanser, diabetis, penyakit jantung, sakit sendi, merosakkan fungsi otak dan mempercepatkan sistem menjadi tua seperti kulit berkedut, uban, lupa dan letih yang kronik, katanya.

Kata Ilham, bagi memerangi radikal bebas, sistem badan menghasilkan enzim antioksidan asli dan menyerap vitamin A, C dan E untuk membersihkan lebihan radikal bebas.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, beliau berkata aktiviti enzim antioksidan berkurangan dan fungsi penyerapan usus berkurangan.

Ilham berkata antioksidan asli boleh memusnahkan radikal bebas dalam badan dan menseimbangkan OSS dalam badan.

Beliau berkata kumpulan penyelidik yang terdiri daripada Nirmala Subramaniam dan Abdull Rashih Ahmad, mengambil masa dua tahun mengkaji mengenai antioksidan dalam sayur-sayuran.

Ilham juga berkata FRIM kini menawarkan kemudahan ujian antioksidan kepada industri dan syarikat. - Bernama

** Credit : UtusanOnline

1 comment:

perubatankhalifah said...

assalamualaikum.

ulam raja...akhirnya, ada juga yang post tentang ulam ni..terbaekk laa..
erm, ulam raja ni la yang satu-satunya menjadi ulaman satu keluarga kami sejak dari tahun 1998.
satu keluarga tau....ada tanam depan rumah jer...
yang peliknya, makin kita rajin ambil, makin berganda-ganda lak tumbuhnya...
jadi, setiap hari, ada jer bekalan ulam kami, alhamdulillah.
ok, cerita dari segi effectnya pada kami,
yang saya tahu, satu keluarga kami tiada penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesteroldan segala yang merbahaya, demam-demam sikit tu, ada la...
selain tu, kami adik-beradik bukanlah jenis yang rajin belajar, jadi, mungkin ulam raja ni ada kesan mencerdaskan fikiran...tak rajin study, tapi result maintain bagus.
salah sorang adik saya wakil chess peringkat negeri.
tentang awet muda pula, haha, yang ni paling best, purata kawan-kawan jangka yang umur kami 10 tahun lebih muda dari sepatutnya....serius.
jadi,amat sesuai bagi wanita yang pentingkan kecantikan semulajadi.
selain dari tu, tak pasti ada lagi ke tak...haha.
semoga info ini dapat menaikkan semangat kita untuk menghargai alam dan khazanahnya.
#blogspot:rawatankanser2013