Ada bermacam-macam petua merawat gigitan serangga berbisa. Ada yang berkesan dan ada pula yang kurang berkesan. Namun tidak salah kalau mencuba petua ni.
i) disengat lebah -
a) sapu dengan manisan lebah asli.insyaAllah baik
b) Cabut sengat lebah. Ramas beberapa helai daun melati dan tampal/sapu di
tempat terkena gigitan.
ii) disengat kalajengking -
jika kita pasti sengatan kalajengking. Mudah. ambil beberapa biji lada yang
ditumbuk halus. Masukkan sedikit minyak kelapa dan seterusnya tampal ditempat
terkena sengatan. Balut/ikat dengan kain putih/bersih. ( Biarkan selama10 -15
minit untuk melihat kesannya)
iii) disengat tebuan
a) sapu dengan manisan lebah asli atau,
b) Asah pisau( yg tidak berkarat) dibatu pengasah bersama sedikit air. Ambil
air yang bercampur dengan habuk asahan batu dan terus tampal di tempat yang
terkena gigitan
iv) ulat gatal/ulat bulu
jika anak anda terkena/tersentuh ulat bulu maka kesannya memang menyeksakan.
Cara mudah untuk merawatnya ialah dengan menggosok bahagian yangterkena dengan
sedikit minyak tanah.
v) disengat lipan.
a) sapu manisan lebah asli atau,
b) ambil beberapa biji asam jawa. Tumbuk hingga lumat.Masukkan sedikit air
untuk memudahkan menempek/menampal di tempat terkena gigitan.
Sunday, October 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Petua yang menarik. Sengatan lebah dan haiwan berbisa juga boleh menyebabkan tindakbalas alahan dan anafilaksis iaitu tekanan darah menjadi rendah, sesak nafas, pening kepala, palpitasi dan koma. Oleh itu, bagi mereka yang disengat dengan banyak atau pernah mempunyai sejarah alahan seperti lelah, sebaik-baiknya dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin.
Post a Comment