Pages

Thursday, October 16, 2008

Pokok Kapal Terbang

Pokok kapal terbang yang daunnya berbau ` sedikit busuk` didapati boleh di mana-mana sahaja dari Perlis sampai ke Sabah. Kadang-kadang dikenali jua sebagai busuk-busuk, daun melalang atau Christmas bush, cruciata. Nama botaninya pula ialah Eupatorium odoratum L.
Pokok kapal terbang tumbuh bercabang hingga setinggi 2.5 m . Kebanyakan daunnya berwarna kuning kehijauan. Warna bunganya pula putih keunguan. Dalam rawatan perubatan tradisional daunnya yang dilumatkan/tumbuk bersama sedikit kapur makan digunakan untuk merawat luka-luka kecil dan boleh juga digunakan untuk menghentikan pendarahan. Manakala daunnya yang direbus/masak sering digunakan untuk meringankan batuk, demam,demam kuning, pendarahan dan sakit perut. Selain dari itu ibu-ibu selepas bersalina menggunakan daun ini untuk bertunku.

1 comment:

CIKGU IDRIS SMK NAKA said...

ada orang mengatakan ianya mengandungi sejenis alkaloid yang beracun dan boleh merosakkan hati. Bagaimana daunnya boleh direbus dan untuk rawatan demam?