Harga minyak turun. tetapi cuba tuan cek harga ikan dipasar, turunkah? Tak. Tenggiri ,masih berlegar sekitar RM25 -30. Nampaknya kita menghambat wang yang semakin mengecil ( Inflasila nakpakai istilah ekonomi). Beli mesti berhemat. Mesti berbaloi dengan poket! Jangan beli ikan segar di pasar, tetapi busuk di rumah.betul. Beli ikan tak boleh lagi pakai setail orang kaya2. Tunjuk dengan jari (kadang2 dengan muncung ja), buka beg tangan, bayar! Kena smart. Jadi eloklah tengok tip-tip membeli ikan agar wang yang kita keluar berbaloi.
1) Ikan. ( Elok jangan beli terlalu awal pagi - masih ais banyak dalam ikan, tentu lebih beratkan?). Yang pandai beli ikan biasanya nyonya2 yang tua2 tu. Mereka cerewet. Perhatikan bagaimana mereka memilih ikan dan menawar harga. Membeli ikan ni kena guna mata dan jaridan hidung!
1.1 Sisik - pilih yang sisiknya masih bercahaya/bersinar/tidak mudah
tanggal/agak berlendir
1.2 Insang - jika berlendir, bermakna ikan masih baru lagi. Jangan malu2 gosok
dengan jari.
1.3 Perut - Kalau dah pecah tak perlu belilah. Tentu ikan lama.
1.4 Mata - Mata masih jernih. Kalau dah merah tak payah belilah
1.5 Bau - khususnya ikan pari. Elok kita hidu/cium dahulu. Kalau dah berbau, tak
payah belilah, kerana takut beli ikan pari yang baru beranak! Baunya hanyir.
Ikan lain pun jika kita rasa kurang puas hati, hidu terlebih dahulu.
1.6 Badan ikan - tekan (jangan kuat sangat.nanti dimarahi tauke pula). Kalau
lembut sangat tak usah belilah. Kalau terlaku keras pun tak usah beli.
Mungkin banyak sangat ubat tahan (pengawet).
1.7 Ikan isi seperti tenggiri, merah, terubuk biasanya dijual mengikut potongan
2cm/4cm. Perhatikan sama ada ada darah atau tidak. Kalau masih ada darah,
nampaknya ikan masih baru. ( Jangan tertipu dengan darah import - sengaja
disapu dengan darah ikan lain). Kalau selepas dipotong, tiada darah segar
langsung. pudar/pucat. maknanya ikan lama. Boleh beli tetapi biarlah harga
yang jauh lebih murah!
2) Sotong - Jangan terlalu ghairah membeli sotong yang keras/ bulat/ bersinar!
Mungkin banyak bahan awet. Belilah yang agak ` kepek ' sikit, warnanya sedikit
kemerahan. Cuba hidu. Kalau dah busuk, tak perlu belilah.
3) Siput/kerang - Kalau nak yang segar, perhatikan yang masih hidup. Isinya keluar di
tepi cangkerang. Jangan lupa cium/hidu. Pilih sendiri kerang/siput tersebut.
Jangan biarkan peniaga mencedok sendiri.
Friday, October 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Pak Mat,
Peniaga ikan pon ada trick dia. Terutama sekali bagi ikan import, bahan formalin akan digunakan untuk merendam ikan-ikan tersebut at the point of export supaya kelihatan segar. Formalin ni sebenarnya satu bahan kimia yang digunakan dalam proses embalming mayat bagi non-muslim supaya boleh tahan 4 - 5 hari sebelum dikebumikan. Tapi kita boleh pastikan secara kasar sama ada ikan telah direndam dengan formalin atau tidak : ikan-ikan yang direndam dengan formalin tidak akan dihinggapi lalat !
Allahu-aa'lam.
alhamdulillah. Tima kasihlah tajam batu. betul yang sahabat cakap tu. Pakmat nak tambah. Ikan kering/masin masa pakmat kecik2 dulu (60an), kalau beli di pasar sehari tu tak sunyi dari lalat. La ni jangan nak jumpa seekor pun.
Post a Comment