Pages

Wednesday, October 8, 2008

Pokok ara tanah

Pokok ara tanah ini boleh didapati di merata kampong di seluruh Malaysia. Tingginya lebih kurang 10-30 cm bergantung kepada kesuburan tanah. Juga dikenali sebagai susu nabi, susu kambing, gelang susu, lancang. Pokok ini mudah dikenali kerana pertama ia mempunyai getah berwarna putih, daunnya tumbuh berpasang. Sering digunakan oleh surirumah di kampong-kampong untuk merawat penyakit lelah, paru-paru, batuk serta sakit kerongkong.Untuk tujuan ini biasanya seluruh bahagian pokok termasuk akar direbus dan diminum air rebusannya. Boleh juga digunakan untuk merawat penyakit kulit. Daun, batang serta akarnya ditumbuk bersama sedikit air dan ditampal ditempat yang berpenyakit. Bagi rawatan katarak, sedikit getah ara tanah ini dititik ke dalam mata. Walau bagaimana pun getah ini tidak boleh dimakan, boleh menyebabkan keracunan!

4 comments:

ciput said...

assalamualaikum,
mengikut petikan dari artikel POKOK ARA TANAH:
"Bagi rawatan katarak, sedikit getah ara tanah ini dititik ke dalam mata. Walau bagaimana pun getah ini tidak boleh dimakan, boleh menyebabkan keracunan!"

takde kesan sampingan keatas mata ke?

Tajam Batu said...

Assalamualaikum,

Kalau boleh Pak Mat boh gambaq-gambaq pokok herba yang disebutkan dalam blog ni, lagi baguih...kami ni bukan kenai sangat benda-benda tumbuhan dalam utan tu. Kadang-kadang tu dok tengok hari-hari, tapi tak pernah nak ambik tau apa nama dia. Salah diri masing-masing jugak, tak perihatin !

Unknown said...

Setahu sy pakcik sy bagitau..pernah pesakit yg hampir buta mata dititikkan getahnya dan dengan izin Allah mata pelajar tersebut sembuh tanpa perlu menjalani pembedahan mata..selepas tu..universiti di bangkok telah menjalankn kajian dan menemui beberapa khasiat pada pokok susu nabi ni..antaranya untuk mengubati penyakit gout

Unknown said...

saya pernah titis getah pokok susu nabi kat mata bg mengatasi masalah selaput mata. getahnya boleh dpt banyak waktu pagi sebelum jam 7.