Pages

Sunday, October 19, 2008

Kemangi

Pokok kemangi memang terkenal di kawasan luar bandar. Ia juga dikenali sebagai Selasih Hitam, Ruku, Oku atau dalam Bahasa Inggerisnya Holy Basil/Scred basil dan Tulasi.
Nama Botaninya ialah Ocimum tenuiflorum. Herba ini memang tidak asing lagi di kalangan penganut Hindu kerana pelbagai gunanya! Memang pun pokok ini berasal dari Benua India. Pokoknya tidak berapa tinggi, sekitar 90 -200cm sahaja. Ia mudah ditanam dengan mengerat batangnya atau menggunakan biji.

Pucuknya boleh dimakan sebagai ulam atau pun di masukkan bersama herba/ramuan lain dalam nasi ulam atau nasi kerabu. Daunnya yang wangi mengeluarkan sejenis minyak yang bertindak sebagai anti-oksidan, anti bakteria, anti radang.Ia juga boleh mengawal/menghalang bakteria yang menyebabkan keracunan makanan danmampu bertindak sebagai racun serangga.

Dalam perubatan tradisional, ia dapati boleh meredakan lelah/asthma, bronkitis, batuk, selsema, demam dan juga masalah penghadaman.Daunnya yang ditumbuk lumat, ditampal di badan untuk nerawat gigitan serangga, kurap. Daun yang telah dikeringkan boleh dijadikan teh untuk merawat loya-loya, angin dalam perut serta berak darah. Bunganhya yang diadun dengan manisan lebah boleh mengurangkan sakit urat. Bijinya pun berguna untuk merawat penyakit /masalah buang air kecil. Akarnya pun berguna untuk merawat demam.Pendek kata keseluruhan pokok kemangi amat berguna kepada manusia.mereka yang mengenalinya. Akhir-akhir ini kajian-kajian menunjukkan bahawa kemangi dapat membantu mengurangkan paras gula pesakit kencing manis serta membantu menghindarkan ulcers yang berpunca daripada kesan asid ubat-ubat kimia.

3 comments:

Tajam Batu said...

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/a/af/YosriKemangi.jpg/250px-YosriKemangi.jpg

Salam, Pak Mat. Kat atas tu link utk gambar herba kemangi.

ahmad abdul said...

waailaikumsalam. bukan tajam batu. yang tu pokok sempelas. ( orang kampung kerap guna buat tali pengikat bubu ikan/pondok/bakul/dan mcm2 lagi

Tajam Batu said...

Salam,

Confused ni Pak Mat...kalau ikut MARDI memang betul la tu gambar pokok kemangi. Sini ada link dia -
http://www.mardi.my/bdc/herba/images/Kemangi.jpg. Banding, serupa kan ??

Yang pokok sempelas tu bukan daun dia digunakan seperti kertas pasir kan ?