Pages

Wednesday, January 28, 2009

Rumput tahi babi

Rumput Tahi babi (RTB) ni ada juga disebut sebagai siangit. (Floss flower, Ageratum, Blue Billy Goat Weed). Memang banyak tumbuh di merata kampong atau tanah terbiar, apatah lagi dalam musim kemarau ni.. Mudah dikenali. Pokoknya renek- 20-30cm. Bunganya putih kebiruan seperti bunga pokok kapal terbang. Daunnya sedikit berbulu. Asal usul pokok RTB ni mungkin dari Amerika Tengah, Hindia Barat, Mexico, British Honduras atau Guatemala. Rumput Tahi Babi ini juga amat dikenali di kalangan masyarakat Tionghua.Jus hasil dari daun atau batangnya jika dititik ke dalam telinga boleh merawat infeksi telinga.poltis daunnya ditampal untuk mengubati luka-luka kecil, bisul dan kudis. Daunnya yang muda jika dikeringkan dan direbus boleh mengubati malaria serta masalah haid yang kronik dan mengawal pusingan haid. Malah ada juga digunakan sebagai ubat perancang keluarga!

No comments: