Pages

Wednesday, January 7, 2009

Pokok mambu

Pokok mambu ni memang diketahui amat berkhasiat dikalangan semua penduduk di Malaysia, apatah lagi mereka yang tinggal di luar bandar. Masyarakat India paling banyak menggunakan pokok ni. Sebab itu tak hairanlah pokok ini sering ditanam di perkarangan rumah orang India. Ianya diantara pokok herba yang tertua di dunia. Hampir 4000 tahun. Nama lainnya ialah semambu/neem margosa ( nama botaninya : Azadiradita indica). Usia pokok mambu ni boleh mencapai 200 tahun - hampir 4 generasi boleh dapat manfaat pokok ni. Setahu saya masyarakat kampong menggunakan daun ini untuk merawat demam campak. Digiling bersama bedak sejuk dan disapu diseluruh badan. Daunnya juga di letak di bawah bantal/tilam( Saya tidak tahu pula bagaimana ini boleh membantu meredakan penyakit campak). Jiran saya semasa tinggal di Kelang Lama, Kulim dulu, seorang penoreh berketurunan India, pernah memberitahu saya bahawa dia dan isterinya jarang sangat sakit_ mungkin katanya kerana dia suami isteri mengamalkan memakan daun mambu yang dijadikan serbuk ( masuk dalam kapsul).
Di India daun mambu/kulit/akarnya digunakan untuk merawat luka-luka, kesan terbakar, calar2, sakit telinga, sakit kepala, demam, sakit kerongkong, keracunan makanan, kayap, hepatitis, selsema,VD, jerawat, penyakit kulit, penyakit jantung, masalah pengaliran darah,buah pinggang, masalah penghadaman, ulcer dan .... bersambung

No comments: