Pages

Sunday, January 18, 2009

Pokok sidang guri

Pokok ni biasa tumbuh di kawasan kampong serta tanah terbiar yang mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Pokoknya kecil (kurang daripada 1M), berbunga kecil, kuning. Nama lain dikenali juga sebagai sida guri ( Nama botani ialah sida rhombifolia). Herba ini kurang dikenali. Ramai yang menganggap ia tidak mempunyai apa-apa khasiat. Di daerah Baling ia kerap digunakan oleh tukang masak rumah kenduri (bahagian akarnya) untukmelembut daging/ayam. Bahagian daun serta batangnya rasa sedikit manis serta pedas. apa kahsiatnya? - anti radang, penghilang nyeri (analgesik),mudah kencing( diuretik), melancar haid, pelembut kulit. Akarnya selain digunakan untuk melembutkan daging boleh membantu merangsang enzim pencernaan, mempercepatkan pematangan bisul, anti radang. selain dari kegunaan di atas herba ini juga amat berguna untuk membantu meredakan selesema, demam, demam tonsil, bengkak kelenjar, radang usus, sakit kuning, malaria, batu karang - Rebus agak 30 gram daun Sidang guri bersama 3 gelas air. Rebus hingga berbaki 1 gelas. ( minum 1/2 gelas/2 kali sehari). Jika menggunakan akarnya, ambil 30gram akar sidang guri, hiris nipis2, rebus dengan 2 gelas air. Sisa 1 gelas ditapis dan diminum 2 kali sehari, setiap kali 1/2 gelas.
Ubat bisul : Hiris 60 gram batang serta akar Sidang guri. Campur 30gram gula merah serta air masak secukupnya. Rebus/masak menggunakan api yang kecil. Bila sejuk minum airnya. Untuk ubat luaran, cuci agak 5 urat akar sidang guri. Tumbuk halus. Campur dengan air garam. Tampal/tempel ramuan pada seluruh permukaan bisul. ( balut/tutup dengan kain/kertas).Lakukan 2 kali/sehari) .... bersambung

2 comments:

sue mj said...

salam.. ada kawan saya dok cari pokok ni nak wat ubat.. kat mana boleh dapat?

zsfaaa said...

As salam tuan. Saya mmg mencari pokok ini utk tujuan rawatan. Boleh tuan beritahu di mana boleh saya dptkn @ beli pokok ni?