Wednesday, January 28, 2009
Rumput tahi babi
Rumput Tahi babi (RTB) ni ada juga disebut sebagai siangit. (Floss flower, Ageratum, Blue Billy Goat Weed). Memang banyak tumbuh di merata kampong atau tanah terbiar, apatah lagi dalam musim kemarau ni.. Mudah dikenali. Pokoknya renek- 20-30cm. Bunganya putih kebiruan seperti bunga pokok kapal terbang. Daunnya sedikit berbulu. Asal usul pokok RTB ni mungkin dari Amerika Tengah, Hindia Barat, Mexico, British Honduras atau Guatemala. Rumput Tahi Babi ini juga amat dikenali di kalangan masyarakat Tionghua.Jus hasil dari daun atau batangnya jika dititik ke dalam telinga boleh merawat infeksi telinga.poltis daunnya ditampal untuk mengubati luka-luka kecil, bisul dan kudis. Daunnya yang muda jika dikeringkan dan direbus boleh mengubati malaria serta masalah haid yang kronik dan mengawal pusingan haid. Malah ada juga digunakan sebagai ubat perancang keluarga!
Sunday, January 25, 2009
Pokok kaduk
Atau kudak atau mengkadak, atau akar bugu atau piper sarmentosum ( Nama botani )
Mudah didapati di mana-mana saja di kawasan luar bandar di Malaysia. Kaduk ini bukan saja boleh dimakan sebagai ulam bahkan jua dijadikan ubat. Pokok yang kelihatan seperti sirih ini tidak lah memanjat seperti pokok sirih. Berbeza dengan di Malaysia masyarakat di Negara Thailand lebih menyanjungi kaduk. Ia dimakan mentah (seperti kita di sini memakan sirih) bersama halia, kacang, kelapa bakar, udang kering, bawang merah, limau dan dimakan seperti kita makan sirih. Thailand memang terkenal dengan snek kelapa yang dikenali sebagai miang kam bai chaa phluu. Dalam perubatan tradisional, air perahan daun kaduk digunakan untuk merawat demam malaria, batuk, selsema, sakit urat, sakit pinggang.Poltis daun atau pun daun yang ditumbuk ditampal di dahi untuk mengurangkan sakit kepala serta di leher untuk melegakan batuk. Akarnya juga berguna; dimamah untuk merawat sakit gigi, batuk, lelah dan sakit dada.. . .. bersambung

Sunday, January 18, 2009
Pokok sidang guri
Pokok ni biasa tumbuh di kawasan kampong serta tanah terbiar yang mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Pokoknya kecil (kurang daripada 1M), berbunga kecil, kuning. Nama lain dikenali juga sebagai sida guri ( Nama botani ialah sida rhombifolia). Herba ini kurang dikenali. Ramai yang menganggap ia tidak mempunyai apa-apa khasiat. Di daerah Baling ia kerap digunakan oleh tukang masak rumah kenduri (bahagian akarnya) untukmelembut daging/ayam. Bahagian daun serta batangnya rasa sedikit manis serta pedas. apa kahsiatnya? - anti radang, penghilang nyeri (analgesik),mudah kencing( diuretik), melancar haid, pelembut kulit. Akarnya selain digunakan untuk melembutkan daging boleh membantu merangsang enzim pencernaan, mempercepatkan pematangan bisul, anti radang. selain dari kegunaan di atas herba ini juga amat berguna untuk membantu meredakan selesema, demam, demam tonsil, bengkak kelenjar, radang usus, sakit kuning, malaria, batu karang - Rebus agak 30 gram daun Sidang guri bersama 3 gelas air. Rebus hingga berbaki 1 gelas. ( minum 1/2 gelas/2 kali sehari). Jika menggunakan akarnya, ambil 30gram akar sidang guri, hiris nipis2, rebus dengan 2 gelas air. Sisa 1 gelas ditapis dan diminum 2 kali sehari, setiap kali 1/2 gelas.
Ubat bisul : Hiris 60 gram batang serta akar Sidang guri. Campur 30gram gula merah serta air masak secukupnya. Rebus/masak menggunakan api yang kecil. Bila sejuk minum airnya. Untuk ubat luaran, cuci agak 5 urat akar sidang guri. Tumbuk halus. Campur dengan air garam. Tampal/tempel ramuan pada seluruh permukaan bisul. ( balut/tutup dengan kain/kertas).Lakukan 2 kali/sehari) .... bersambung

Sakit Kerongkong
Sore throat la tu! Sakit kerongkong(SK) ni penyakit ringan ja. kadang-kadang rasa tak berbaloi jugak buang RM30/40 pergi klinik swasta. ( Kalau berlarutan kena pergi jugak)
Adalah beberapa beberapa petua untuk menghilangkan SK ni. Ada yang mudah ada pulak yang panjang cerita sikit.
Petua 1 - ambil 10 ulas bawang putih, tumbuk, perah, ambil air/jusnya. Campur sedikit dengan air bersih. tapis dan minum
Petua 2 - Ambil bunga buah belimbing buluh. Rebus dan minum airnya.
Petua 3 - Minum 1 camca madu asli dengan sedikit limau nipis, tiga kali sehari.
Petua 4 - Minum teh 'O' limau
Petua 5 - Ambil sedikit daun lemuni/legundi, daun cekur serta daun kunyit. Rebus dan minum sekali/sehari
Petua 6 - Ambil saja secubit asam jawa. Rendam dalam segelas air semalaman. Minum airnya ikut keperluan.

Wednesday, January 7, 2009
Pokok mambu
Pokok mambu ni memang diketahui amat berkhasiat dikalangan semua penduduk di Malaysia, apatah lagi mereka yang tinggal di luar bandar. Masyarakat India paling banyak menggunakan pokok ni. Sebab itu tak hairanlah pokok ini sering ditanam di perkarangan rumah orang India. Ianya diantara pokok herba yang tertua di dunia. Hampir 4000 tahun. Nama lainnya ialah semambu/neem margosa ( nama botaninya : Azadiradita indica). Usia pokok mambu ni boleh mencapai 200 tahun - hampir 4 generasi boleh dapat manfaat pokok ni. Setahu saya masyarakat kampong menggunakan daun ini untuk merawat demam campak. Digiling bersama bedak sejuk dan disapu diseluruh badan. Daunnya juga di letak di bawah bantal/tilam( Saya tidak tahu pula bagaimana ini boleh membantu meredakan penyakit campak). Jiran saya semasa tinggal di Kelang Lama, Kulim dulu, seorang penoreh berketurunan India, pernah memberitahu saya bahawa dia dan isterinya jarang sangat sakit_ mungkin katanya kerana dia suami isteri mengamalkan memakan daun mambu yang dijadikan serbuk ( masuk dalam kapsul).
Di India daun mambu/kulit/akarnya digunakan untuk merawat luka-luka, kesan terbakar, calar2, sakit telinga, sakit kepala, demam, sakit kerongkong, keracunan makanan, kayap, hepatitis, selsema,VD, jerawat, penyakit kulit, penyakit jantung, masalah pengaliran darah,buah pinggang, masalah penghadaman, ulcer dan .... bersambung

Sunday, January 4, 2009
Khasiat Daun Jambu Batu
Budak-budak zaman sekarang ni tak makan jambu batu dah. Sebab itulah dikampung-kampung pun dah payah nak jumpa pokok jambu batu. Yang ada ditebang. Tanam pokok dokong atau mempelam. Sebenarnya daun jambu batu mudah dibuat ubat cirit-birit. Murah. Percuma. Minta saja kat jiran yang ada pokok jambu batu. Cara menggunakannya mudah saja. 1) Kunyah pucuk jambu batu. Telan airnya.
2) Rendam pucuk daun jambu batu tu dalam air panas agak 10/15 minit. Minum bila agak-agak dah suam.
3) Bila minum tu jangan lupa pula baca AlFatihah serta selawat 7 kali.
2) Rendam pucuk daun jambu batu tu dalam air panas agak 10/15 minit. Minum bila agak-agak dah suam.
3) Bila minum tu jangan lupa pula baca AlFatihah serta selawat 7 kali.
Subscribe to:
Posts (Atom)