Anda sakit pinggang? Dah lama berubat? tak mau sembuh2 jugak. ke klinik sudah ke bomoh pun sudah. Jadi cuba amal petua ni. Kalau lega bagi tau kawan2.
Ramuannya dua ja. Ginjal lembu serta buah petai belalang.
Basuh sebiji ginjal lembu. Ambil 41 biji petai belalang masak. Buang bijinya. Rebus bersama ginjal tadi hingga air berbaki agak-agak secupak. Keluarkan ginjal tu, dan minum air rebusan tadi tiga kali sehari. Terus minum sehingga rasa air rebusan tadi tawar. ( Ginjal tu boleh digunakan 1 kali ja). Kalau masih tidak sembuh, tapi berkurangan sakitnya,bolehlah ulang sekali lagi dengan ginjal serta buah yang baru)
Lagi satu petua ialah dengan menggunakan buah betik muda dengan telur ayam kampung!
Potong betik muda tersebut dua bahagian. Lebihkan di bahagian pangkalnya. Masukkan sebiji sebiji telur ayam kampung ke dalam bahagian di sebelah pangkal betik dan kemudian tangkupkan semula seperti asal. Bakar/salai betik tersebut di atas bara api) Jangan terlalu kuat baranya).Tunggu sehingga betik tersebut menjadi lembik dan telur masak. Makan telur seminggu sekali.
Friday, December 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam, Pak Mat
Sebelum terlambat, hambe na ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada saudara sekeluarga dan semua pengunjung blog ini yang beragama Islam.
Sekare lagi, hambe nak kongsi maklumat mengenai herba-herba yang beracung (poisonous) yang hambe jupe kat sining - http://www.prn2.usm.my/mainsite/plant/plant.html
Post a Comment