Pages

Monday, December 29, 2008

Demam

Demam ni kalau sebelah siang mudah ja lah. pegi klinik. Yang susahnya tengah malam, atau klinik-klinik dekat rumah tutup.Telan panadol tak mau lega jugak. Yang dah pegi klinik pun tak kebah-kebah jugak. Jadi tibalah masanya mencuba rawatan alternatif/tradisional. Cuba tenung cadangan di bawah , kut-kut serasi!

1) demam panas - kalau budah demam panas, biasanya ( doktor tak mau cakap,nanti hilangpelanggan) kita kenan usaha turunkan suhu badan. ambil 4/5 helai daun bunga raya, ramas dengan sedikit air hingga keluar lendirnya. sapu atau ramas di kepala anak anda. Ulang 2/3 kali sehari.
2) kalau budak-budak demam dan sakit kepala pula,
2.1 ramas sirih dgn pinang yang telha ditumbuk, sapukan pada dahi anak. ulangi
sehingga sembuh
2.2 Kalau tiada sirih/pinang, ambil saja asam jawa, ramas bersama air secukupnya.
Kemudian sapu saja di dahi serta kepala anak anda. Mudah-mudahan baik.
3) Kadang-kadang tu suhu badan anak kita yang demam tak mau turun-turun. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan memeberi anak anda minum air kelapa sekerap mungkin. Mudah-mudahan suhu badannya turun cepat.
4) Ni ada petua dapur. Ambil satu gelas/mangkok beras, cuci dengan 2 gelas/mangkok air masak sejuk. Campur air itu dengan buah keras (1 biji)yang telah dikisar. Berikan anak anda minum 2/3 sudu makan.
5) Kadang-kadang kita tak terfikir pun bahawa ubi kayu tu boleh ubati demam! Caranya mudah saja. Parut 2/3 batang ubi kayu. Tempelkan parut ubi kayu itu di dahi atau bahagian kepala anak anda. InsyaAllah demam anak anda akan reda
6) Biasa dengar pokok geti? Daunnya sedap dibuat sayur lemak (dengan syarat tiada penyakit angin). Batang pokok geti berkhasiat sebagai ubat demam. Air rebusan kulit pokok geti mampu meredakan demam serta sakit kepala.
7) Orang Melayu dan orang India suka tanam pokok melur! Sebenarnya khasiat perubatan bunga melur tidak sedikit. Untuk merawati demam atau rasa tidak sedap badan, cuba petua ni. Ambil beberapa helai daun bunga melur dan sedikit daun asam jawa. Tumbuk kedua-duanya (atau blendkan). Jemur hingga kering. Bila nak guna, campur dengan sedikit bedak sejuk,ratakan di seluruh badan anak yang demam tu.
8) Pokok keman air.Pokok ni seakan-akan pokok semalu. daunnya pun turut mengecut jika disentuh. Di kampung kemain air ini dibuat kerabu, ulam atau sayur. Air rebusan pokok keman air sesuai diminum tatkala masih suam untuk mendapat keberkesanannya yang optima.

Saturday, December 20, 2008

Batuk Lambat Lega

Dah berbotol-botol breacol ditelan.Tak mau baik-baik juga. Teh ais dan segala macam pun dah berhenti minum. Juga tak mau lega. Dah berapa malam tak boleh tidur nyenyak dek batuk yang tak mau henti-henti.
Apa kata kita cuba rawatan daripetua tok nenek?
Mudah aja.

Beli sebotol kicap manis cap kipas.
Dua biji limau nipis
Tuang agak 3 camca kicap tersebut ke dalam cawan kecil.
Ambil sehiris limau nipis.
Perah kadar 4/5 titik ke dalam cawan kicap tu.
Kacau.Minum sampai habis!
Kalau tak baik juga, buat dua kali sehari.

Friday, December 19, 2008

Sapa Tak Mau Panjang Umur?

Betul! Siapa pulak yang mau mati cepat. Semua nak hidup lama-lama. Tapi,amalan seharian kita tu bolehkah membantu kita hidup lama? ( Dengan izin Allah). Ramai orang 'take for granted', masa mudia dia aktif, bila tua dia tetap sihat. Tidak semestinya! Masa muda boleh hentam makanan tu , makanan ini,bila beransur tua, sedar-sedar yang boleh minum hanya air mineral saja. Dah banyak sangat kesnya tau. Jadi masa muda ni atau masa tidak terlalu tua ni cuba-cuba amalkan tip-tip panjang umur.
antaranya,

1) Jangan baring-baring di tas katil saban pagi. Orang yang umur panjang adalah mereka yang gemar bangun awal pagi! Kul lima pagi tu cantik sangatlah
2) Jangan makan banyak sangat - makan berlebihan menyebabkan kegemukan - dan seterusnya dakapan macam-macam penyakit kritikal.
3) Jangan terlalu memikirkan masa silam yang kita tidak tercapai. atau membandingkan dengan pencapaian kawan-kawan yang berjaya, berduit, berharta. Look forward. Hadapi cabaran semasa.
4) Jika anda bersara atau bercadang untuk bersara pastikan anda mempunyai sesuatu untuk mengisi aktiviti otak anda. Jangan biarkan ia reput.
5) Jangan biarkan orang lain mengawal diri anda sampai ke peringkat anda tidak boleh berdikari langsung
6) Kurangkan pengambilan pil/ubat kimia. Dapatkan rawatan alternatif sekiranya perlu
7) Jangan terlalu memikirkan sangat tentang kesihatan anda. Biarkan ia berlalu.
8) Jangan terlalu diet. amalan diet yang keterlaluan boleh merosakkan tubuh badan anda
9) Jangan merokok langsung dan jauhi diri anda daripada perokok.
10) Cari hobi untuk mengisi masa lapang anda. - masuk kelas malam/ kelas PJJ/kelas agama/kelas muzik/tanam sayur/bela kambing dll
11) Elak makanan yang kaya dengan gula
12) Elak makanan yang kaya dengan lemak
13) Makan banyak-banyak sayuran serta buahan segar. Selalu baca kandungan makanan yang kita beli dalam peket atau tin. Perhatikan betapa banyak bahan kimia yang digunakan. Elak sajalah kalau makanan tu penuh dengan dadah
14) Jangan makan daging/atau makan sikit-sikit ja. Daging punca barah.
15) Kongsi masalah peribadi dengan rakan rapat. Jangan biarkan dia meruap di dalam dada. bahaya.
16) Katakan aku cintakan dikau kepada sesiapa saja yang anda paling sayangi sekurang-kurangnya sekali/sehari
17) Senaman setiaphari atau sekurang-kurangnya 3 kali /seminggu - berjalan/berlari,berbasikal, berenang.
18) Minum air banyak-banyak2. 7-8 gelas
19) Makan pisang segar. Pisang adalah jauh lebih baik dari buah-buahan import. Kaya dengan serat dan vitamin. Kandungan karbohidrat yang rendah sudah pasti tidak menggemukkan.
20) Jangan serius sangat. enjoy. Baca buku-buku yang boleh membuatkan kita tersenyum atau tergelak.
21) Simpan diari
22) Jangan biarkan rumah anda terlalu malap di waktu malam. Cari lampu yang lebih terang.
23) Rancang aktiviti anda. Tulis di atas sehelai kertas. Tampal di pintu fridge/bilk air
24) Jangan selekeh. Pakai smart sikit
25) Kerapkali kekecewaan, ketegangan, kemarahan dan kebimbangan menyebabkan anda sakit kepala atau sakit sendi. Biasakan dengan memicit dahi anda setiap malam.
26) Kurangkan menonton TV/VCD. Banyak sangat nonton TV menyebabkan sakit dalam biji mata/ sakit kepala, kabur pemandangan, perut buncit
27) Cuba senaman yang mudah untuk merehatkan badan: Tarik napas panjang; kawal otot perut agar iaia tegang dan keras ambil membilang 1 hingga 5. Lepaskan otot perut tu perlahan-lahan, sehingga semua udara dalam paru-paru keluar. Ulangi beberapa kali.
28) Kita perlu beringat sekiranya kita mengambil ubat untuk merawat sesuatu masalah/penyakit, tiba-tiba simptom baru pula muncul, besar kemungkinan simpton yang baru itu terjadi akibat dari mengambil ubat tersebut. Dapatkan nasihat dari doktor/jika tidak anda perlu hentikan rawatan tersebut sementara waktu
29) Banyak makan ulam dan ikan dalam diet harian anda.
30) Elak dari suka mandi malam
31) Elak western food. Banyak yang mengandungi bahan penyebab kanser/barah
32) selalu berkomunikasi dengan anak-anak/ibu-bapa
33) Jangan tinggal solat tahajjud
34) Rajin-rajin minum air barli. Ia membantu melawas air kencing
35) Sekali-sekali join kumpulan trekking hutan untukmendapat udara segar

Thursday, December 18, 2008

Terkena duri

Susah jugak bila terkena duri, duri tu payah nak cabut. Tak lah sakit sangat. Tapi kalau dibiarkan, mengundang septik, bernanah. Jangan bimbang ambil rawatan mudah. Cari getah betik , upar-uparkan dan tempek di tempat yang tertikam duri. Biarkan semalaman.
Besok, duri tu akan keluar dengan mudah.

Tuesday, December 16, 2008

Disengat obor-obor

Ha. Yang masih muda, ada anak kecik-kecik tu la selalu bawa piknik di tepi pantai. Bila dah besar dah tak mau ikut! Biasalah dalam riuh rendah di pantai tu ada pula yang tersengat obor-obor. Bagi yang tak pernah kena memanglah tak dapat bayangkan betapa sakitnya tersengat haiwan yang tak berwajah ni! Kita sebagai parent tentunya nak anak kita cepat-cepat dirawat. Jangan risau ,ingat petua ni.

i) jirus/tuang air laut ke atas bekas gigitan obor-obor selama 10 minit untuk meredam saki toksin ( Jangan guna air paip/tawar - kerana kesannya mencetuskan toksin bertindak semula)

ii) basahkan bahagian badan yang terlibat dengan cuka makan/baking powder.

iii)guna ais
( ada juga orang kata bahawa mencurahkan air kencing ke atas kesan sengatan obor-obor boleh mengurangkan kesan kesakitan)
kalau kes berlarutan bawalah ke klinik atau ke hospital!

Monday, December 15, 2008

Sakit Kerongkong

Bila kita sakit, usia jadi penentu serius atau tidak. Jika semasa muda sakit kerongkong boleh berlalu begitu saja tanpa rawatan khusus, maka bila usia meningkat senja, sakit kerongkong mengundang ketidakselesaan yang amat sangat. Bernafas, nak bercakap pun susah, nak telan makanan pun susah, nak minum pulak sakit. Kalau kudis mudah saja disapu ubat. Ini dalam kerongkong. seksa! Jadi eloklah kita tahu sedikit sebanyak tentang 'home remedies' sakit kerongkong.

a) Minum air suam banyak-banyak. bergelas-gelas
b) Bila tidur tu pastikan lubang hidung tu tak tertutup.
c) rehat banyak-banyak kerana dengan rehat banyak2 badan kita mampu melawan infeksi
d) kumur dengan air suam bercampur garam halus ( kena kacaulah)
e) kumur air asam jawa yang telah diperam/rendam 3/4 jam atau lebih
f) jangan ambil minumam sejuk - stick to hot/warm drink
g) ambil biji buah kacang bendi, rebus dengan gula. minum.
h) ambil seulas bawang putih, ditumbuk, diperah,diambil airnya, dicampur dengan sedikit air bersih, ditapis dan diminum airnya
i) minum air rebusan bunga buah belimbing
j) minum I camca madu asli dengan limau nipis 3 kali sehari
k) minum teh "O" limau
l) rebus daun lemuni/lagundi/lengguni, daun cekur, daun kunyit. minum airnya sekali /sehari
m) kumur campuran, 1 cawan air panas, 1/2 camca teh kunyit dan 1/2 camca teh garam.(3 kali /sehari)
n) Selubung kepala dengan kain tuala yang bersih. Hadapkan muka betul-betul di atas semangkuk air panas yang dicampur dengan 2/3 titik minyak kayu putih.
o) Ambil seulas bawang putih. belah dua. masukkan ke bahagian dalam kedua-dua pipi. Hisap bawang putih tersebut sepertimana anda menghisap gula-gula!
p) makan buah tamar

Akar lalang

Sebut pasal akar lalang tentu ramai pekebun menyumpah; apa tidaknya dalam keadaan racun rumpai yang cukup mahal dewasa ini kos untuk membasmi lalang adalah terlalu tinggi. Bagi petani ,lalang memang tidak berguna langsung! Kalau tidak dimusnah, tanam apa pun tak hidup.
Bagi yang arif, setiap tumbuhan yang dijadikan Allah pasti ada gunanya. Kita harus berusaha mengenali dan mencari kegunaanya. Berikut diperturunkan sedikit sebanyak apa yang lalang boleh 'bantu ' kita:

a) boleh membantu menurun suhu badan ketika demam panas
b) membantu mencuci buah pinggang
c) dicampur dengan madu lebah untuk membantu memecah batu karang
d) membantu menurunkan asid urik bagi pesakit ghout
e) membantu mengurangkan kesan darah tinggi
f) membantu merawat masalah saraf
g) membantu merawat saluran kencing
h) membantu menghilangkan batuk
i) mambantu menghilangkan demam kuning
j) membantu mengurangkan kesan pendarahan pada wanita (anti-viral)
k) membantu mengurangkan masalah cirit birit serta masalah penghadaman
l) sebagai ubat penenang
m) sebagai ubat penyakit asma

Saturday, December 6, 2008

Khasiat Bawang Putih

Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya memang amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengamalkan perubatan tradisional. (Nama saintifik Allium satvium).Ia mudah di dapati di pasaran. Malahan khabarnya di Jerman, ia merupakan jualan bukan berunsur dadah yang paling laris dijual di kedai-kedai ubat/farmasi! Sering disebut sebagai ubat tradisional yang menakjubkan yang dapat menyelesaikan banyak masalah perubatan sejak zaman berzaman_ mampu memerangi bakteria, melawan parasit usus dan berjenis-jenis virus. Khasiat tempatan bawang putih memanglah banyak, diantaranya, ( kesan perubatan bawang putih maksima sekiranya diambil secaramentah atau dihancurkan tanpa dimasak- yang mentah mempunyai kesan antibiotik yang kuat)
a) penawar sengatan - ambil 2 ulas bawang putih, ditumbuk hingga lumat dan terus tampal di tempat yang terkena sengatan lipan atau kala jengking
b) penawar sakit kepala - ambil 3 ulas bawang putih. ditumbuk hingga lumat dan terus pupuk di atas dahi.
c) penawar batuk dan lelah - ambil 3 ulas 3 ulas bawang putih. ditumbuk, dan diperah untuk mendapat jus/airnya. Gaul dengan 1 sudu besar madu asli dan 1 sudu teh gula.. Makan kesemuanya. lakukan beberapa kali hingga baik.
d) penawar cacing kerawit - kunyah dan telah seulas bawang putih.
e) penawar kembung perut - panggang atas api 5 ulas bawang putih. Makan ketika perut merasa masuk angin.
f) penawar mulut busuk - tumbuk hingga hancur 3 ulas bawang putih bersama 9 kuntum bunga cengkih. Digunakan sebagaiubat gigi dan dicampur dengan air buat berkumur. Lakukan 3 kali sehari
g) penawar luka kecil - 4 atau 5 ulas bawang putih ditumbuk hingga lumat. Tampal di tempat yang terluka.
h) penawar buasir - ambil 4 ulas bawang -utih. Belah dua. Campur dengan 1/2 cawan cuka. rebus sampai mendidih. Bila sejuk, makan atau tumbuk lumat 3 ulas bawang putih bersama 1/2 inci halia
i) penawar saki otot - ambil minyak bawang putih, dan gosok di bahagian badan yang sakit seperti di belakang, di bahu, di punggung.
j) penawar sakit kerongkong - 10 ulas bawang putih ditumbuk, kemudian diambil airnya. campur dengan air bersih, terus ditapis dan terus diminum untuk membersihkan kerongkong.
k) penawar sakit gigi - 4 bahan : tumbuk 3 ulas bawang putih. ambil 3 sudu teh cuka, 1 sudu teh garam, 1 sudu teh madu. Gaul kesemuanya dan tampalkan pada gigi yang sakit. ATAU tumbuk lumat 2 ulas bawang putih. campur dengan 1 sudu teh minyak sapi.campurkan kedua-dua bahan ini. panaskan dan masukkan ke dalam gigi yang berlubang.
l) penawar bisul - ambil 1 ulas bawang putih, pecahkan dengan belakang pisau. Sapu atau gosok beberapa kali pada bisul sehingga ia mengecil dan hilang.
m) penawar payu dara yang sakit - rebus 1 labu bawang putih dengan sebanyak 2 cawan air. Minum airnya 3 kali/sehari
m) penawar selsema - campurkan 3 sudu besar madu dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Gaul rata dan minum/makan

Lain-lain khasiat/kegunaan:

1) membantu pencernaan serta membantu menambah nafsu makan
2) membantu menyekat pembesaran/pertumbuhan sel barah - seperti barah kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada, serviks
3) berkesan mengawal paras/tahap gula dalam darah
4) memnbantu merendahkan tahap lipoprotein jahat LD2, VD2 dalam darah serta meningkat tahap lipoprotein yang baik HD2 dalam darah, menyekat pengumpulan darah.
5) membantu melancarkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.\

Kepercayaan :

1) masyarakat mesir purba percaya bahawa bawang putih boleh membantu meraweat kecacingan, jantung, dan sakit kepala
2) masyarakat Melayu percaya bawang putih yang dicampur dengan minyakkelapa boleh digunakan sebagai minyak urut yang baik.
3) getah bawang putih boleh mengatasi masalah kulit/tumit pecah.
4) orang China percaya bahawa bawang putih boleh membantu buang angin dalam badan, menambah sedap makanan, mengurangksan panas badan.

Friday, December 5, 2008

Sakit Pinggang

Anda sakit pinggang? Dah lama berubat? tak mau sembuh2 jugak. ke klinik sudah ke bomoh pun sudah. Jadi cuba amal petua ni. Kalau lega bagi tau kawan2.
Ramuannya dua ja. Ginjal lembu serta buah petai belalang.
Basuh sebiji ginjal lembu. Ambil 41 biji petai belalang masak. Buang bijinya. Rebus bersama ginjal tadi hingga air berbaki agak-agak secupak. Keluarkan ginjal tu, dan minum air rebusan tadi tiga kali sehari. Terus minum sehingga rasa air rebusan tadi tawar. ( Ginjal tu boleh digunakan 1 kali ja). Kalau masih tidak sembuh, tapi berkurangan sakitnya,bolehlah ulang sekali lagi dengan ginjal serta buah yang baru)
Lagi satu petua ialah dengan menggunakan buah betik muda dengan telur ayam kampung!
Potong betik muda tersebut dua bahagian. Lebihkan di bahagian pangkalnya. Masukkan sebiji sebiji telur ayam kampung ke dalam bahagian di sebelah pangkal betik dan kemudian tangkupkan semula seperti asal. Bakar/salai betik tersebut di atas bara api) Jangan terlalu kuat baranya).Tunggu sehingga betik tersebut menjadi lembik dan telur masak. Makan telur seminggu sekali.

Monday, December 1, 2008

Anda sering terlupa?

Dalam seminggu, adalah 3 atau 4 kali kita terlupa di mana letaknya kunci kereta, atau pun selepas beratur hampir setengah jam di ATM, dah tak ingat no pin pulak. Kadang-kadang tu terkeliru tengah solat tu, dah tiga rakaat atau pun dah masuk empat rakaat. Sebenarnya penyakit lupa mula menular kita meningkat 50 keatas. Tapi orang muda pun tak terkecuali! Banyak sangatlah petua-petua yang disebut-sebut, tapi tak taulah yang manakah paling berkesan. Di sini diperturunkan beberapa cadangan.
1) Sediakan buku catatan/fail/papan white board yang diletakkan setempat
2) Senaraikan apa yang terpikir/terlintas
3) Guna satu kalender saja!
4) Bila berjumpa/diperkenalkan kepada seseorang cuba ulang sebut namanya beberapa kali
5) Bila diperkenalkan nama/kawan/orang tertentu melalui telefon, cepat-cepat tulis namanya
6) Kadang-kadang kita kerap terlupa makan ubat, apatah lagi penghidap penyakit kronik. Letak kotak ubat tu hampir dengan bekas ubat gigi atau di atas meja makan.
7) Hantar sms/voicemail/e-mail kepada diri sendiri sebagai ingatan.
8) Pastikan kita mendapat diet yang seimbang - protein, buah, sayuran
9) Lakukan senaman setiap hari ( jangan bagi alasan hari hujan atau terlalu panas
10) Banyak membaca/buat teka silang kata
11) ambil suplemen vitamin B
12) Ambil pil ginkyo biloba untuk pengadaran darah yang baik, otak mendapat darah yang secukupnya
13) ambil ginseng kerana ia membantu pengaliran darah
14) ambil makanan yang kaya dengan anti-oksidan seperti kacang, karot, black tea, green tea
15) ambil multivitamin
16) ambil evening primrose oil
17) tidur dan senaman secukupnya
18) Bagi orang Islam, banyak-banyak membaca al-Quran