Pages

Friday, November 14, 2008

Limau Nipis

Limau nipis ni kadang-kadang orang panggil juga limau asam. Banyak sangat faedahnya.
Kalau bercakap pasal makanan tentulah tak lari dari perencah sambal, laksa, budu, cencalok, mee rebus, mee goreng. Pendeknya jenis-jenis mee kalau tak di pasangkan dengan limau nipis memang tak bangkit. Dari segi minuman pula kita ada limau ais, teh 'o' ais limau, sirap limau. Menu kenduri kahwin pula tak lengkap jika tiada acar limau. Apatah lagi dengan berjenis-jenis tom-yam, tak berselera kalau tak dimasukkan limau nipis.
Limau nipis ni sebenarnya banyak khasiat perubatan!
1) hilangkan bau ketiak- masukkan sedikit kapur makan ke dalam botol yang mengandungi air suam. perah sebiji limau nipis. Goncang hingga agak sebati. Titik pada kadar 5, 6 titik di ketiak. Usap agar rata.
2) menghalau semut - kalau dah tak larat nak layan semut di atas meja makan, potong nipis-nipis sebiji atau 2 biji limau nipas. Letakkan di tepi meja.
3) Masalah selesema - hiris sebiji limau nipis, tumbuk 2 batang serai serta sehiris halia. Masukkan ke dalam gelas tembikar. Tuang air panas /mendidih. Tutup selama 4,5 minit. Buka penutup dan sedut wapnya. Ulang sehingga pulih.
4) menghilangkan kurap dan panau - campurkan serbuk belerang dengan minyak kelapa dan air limau nipis. Sapu pada panau selama seminggu.
5) ubat sakit kepala - sediakan 2 biji limau nipis yang dibelah dua. Rendam dalam air buat seketika. kemudian gosoklah di merata-rata kulit kepala. Selain daripada dapat mengurangkan sakit kepala, ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah kelumumur.
6) masalah mabuk dan pitam - ambil sebiji limau nipis. Ketukkan buah tersebut agar ia sedikit lembut dan berair. Sedut baunya.
7) agar taugeh tahan lebih lama/segar - rendam taugeh dalam sedikit air. Perah air limau nipis ke dalamnya, nescaya taugeh anda akan lebih lama.
8) nasi jadi putih serta wangi - perah sedikit limau nipis semasa membasuh beras ( bilasan yang terakhir). Masak seperti biasa. Nasi anda akan lebih enak dan baunya lebih menyelerakan.
9) darah tinggi - perah sebiji limau nipis ke dalam segelas air suam. Minum segelas setiap pagi.

2 comments:

Tajam Batu said...

Salam, Pak Mat
Very good info there on limau nipis, thanks. If you are a DIY die-hard, I want to share with you this interesting blog -
http://www.instructables.com/

Unknown said...

Salam Pak Mat,
Limau nipis memiliki seribu satu rahsia alam yang penuh dengan 'kebaikan dan khasiatnya yang tersendiri. Terdpt pelbagai produk makanan dan minuman yang dihasilkan daripada limau nipis. Selain itu,limau nipis juga dapat digunakan untuk menguruskan badan.Buah limau nipis yang masam ini juga sering digunakan sebagai pelengkap ramuan di dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah kesihatan seperti mbuang air kecil dan yg tlh dsenaraikan oleh pak mat...Ingin tahu adakah ianya blh m'hilangkan lebam di bwh mata??