Pages

Tuesday, November 25, 2008

Khasiat Kacang Bendi

Orang Utara sebut kacang lendiaq. Orang putih kata lady fingers. Juga disebut sebagai okra. Orang India sebut venddi Kai. Kalau tak silap di kalangan orang tionghua dipanggil Yeong Kok Tau. Nama saintifiknya pula ialah abelmoschus esculentus. Asal usul kononnya dari Ethiopia. Buah muda tentu sekali sedap dibuat sayur serta kari. Daun yang muda (pucuk tu boleh juga dimakan atau dijadikan sebagai makanan haiwan. Buahnya memang berkhasiat kerana ia dapat membantu menguatkasn otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan. Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkask atau radang. Ada orang kata ia juga dapat mengurangkan masalah sukar bersalin. Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalambuahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit. Pernha juga digunakan sebagai ubat gonorea dan siflis. Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.Ada di setengah-tengahj tempat, bijinya menggantikan biji kopi. Kabarnya kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis (dipetik dari web SDARA). Caranya ialah dengan mengambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. Lihat kesannya. Kalau berkesan bagi tau kat kawan/kawang2.
Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu,
i) mencuci hati
ii) menstabil kandungan gula dalam darah
iii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
iv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
vi) ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
viii) sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
ix) juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

Bagi mereka yang ingin resepi mudah masak bendi, di sini saya perturunkan resepi pembuka selera.

Bahan:
10-15 tangkai/batang bendi
2 biji cili masak/merah/besar
2 keping asam jawa
sedikit garam
20 ekor udang sayur (yang kecik2 tu)
1 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih.
Cara memasak:
Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk .Masukkan udang/garam/asam keping/gelugur( boleh tambah sedikit asam jawa- untuk mendapat rasa manisnya). Bila dah mendidih, masukkan bendi. Biarkan hingga bendi lembut. Angkat dan hidang.(kalau naka bg rasa sedap lagi boleh masukkan belacan atau budu!)- Bendi jangan dipotong kerana bila sudah dipotong lendirnya akan keluar, kurang sedap.

3 comments:

Tajam Batu said...

Salam Pak Mat,
Lama tak nulih noo...banyak keja kat kebun kot. Pasai kacang lendiaq ni...aku memang suka makan. Kalau aku pi markit memang tak tinggai beli benda ni. Balik rumah, aku rebuih aja sampai dia agak-agak layu. Buat menyicah dengan sambai belacan..oooO! cakap takguna!. Tapi takpenah plak buat cam Pak Mat bagi patwa tu...nanti bila-bila nak cuba try!

ISMAIL MOKHTI said...

Saya makan lady finger ni dengan celur sahaj di dalam air pana untuk seminit dua, pas tu buat alam makan sama nasik....best!

Jαnnαhツ said...

sedap, suka bendi!!!