Pages

Wednesday, November 5, 2008

Kalau Terluka

Tu la. Bila dah luka tu terlari ke sana ke sini cari ubat, minyak angin, iodin, plaster perca kain. Dah jumpa tu ada pula yang dah kering, buruk, kotor, expired. Anak/cucu tak berhenti2 menangis. Kerapkali kita ni sering terlupa nak stok peti ubat kecemasan di rumah. Macam spare tyre dalam but tu lah. Sedar-sedar, tayar belakang bocor, spare tayar kepek.
Jadi eloklah kita tahu sikit tentang jampi-jampi al Quran buat meredakan pengaliran darah akibat luka dan sebagainya. Mudah saja. yang penting Y A K I N.
1) Baca bismillah
2) Baca ayat yang pertama surah Al Lahab ( Tabbat yada abi lahabiu watab )
3) Sewaktu menyebut ' watab' tutup mulut dan i'tiqadkan , pada masa itu darah berhenti
maka darah pun berhenti.

4 comments:

Tajam Batu said...

Assalamualaikum Pak Mat,

Aku dengaq orang tua-tua (atau orang-orang tua, mana satu yang betui ni!) kata, ayat tu jugak kita baca kalau nak tutup mulut anjin yang sedang menyalak....baguih kalau nak jadi pencuri nih !

hilgh said...

Binasalah kedua tangan Abu Lahab, dan Sesungguhnya dia akan binasa

ahmad abdul said...

Tak taulah tajam batu. Tapi kalau nak tutup mulut anjing yang menyalak, baca ' assala mua'laika qitmir ' - temukan hujung jari manis dengan ibu jari, i'tiqadkan mulut anjing itu telah dikunci, mudah-mudahan anjing itu tidak akan menyalak lagi. Pagi besok pergi jogging awal sikit, nampak anjing menyalak, terus apply!

Tajam Batu said...

Assalamualaikum !

Timakasyeh atas petua tu, tapi kat tempat aku mana ada orang bela hanjin! That's one if the best things about staying in Ganu. Tapi kalau babi utan tu, ada juga serempak waktu 'brisk walk' kat ujung kampong.

Satu lagi, nak ucap tahniah kat Pak Mat kerana dapat bubuh gambaq-gambaq herba. Keep them coming...