Pages

Thursday, November 6, 2008

Charcoal- arang

Harga barang masih tak turun-turun, walau pun minyak dah turun 2 kali. pasal apa? susah nak jawab. Oleh itu nak offset kenaikan harga barang, kita kenalah cari alternatif-alternatif yang boleh mengurangkan perbelanjaan harian.
Kereta kita tu macam rumah nombor dua. Setengah orang berbelanja yang bukan-bukan kerana nak maintain kereta. ( Wangian dalam kereta lebih hebat daripada bilik tidur!).Membazir. Sebenarnya bau kereta ( bau rokok, ikan kering, ais krim masam, susu tumpah, muntah cucu, budu,cincalok,) mudah dihilangkan tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar). Bonusnya pulak tahan lebih lama. Beli saja sekilo arang, hancurkan sedikit, masukkan ke dalam tupperware lama. Letak di bawah tempat duduk dan dalam but! Jamin bau hilang dalam masa 3-4 jam. Tambah satu tupperware lagi diisikan dengan daun pandan. Hilang bau tambah wangi! Sila cuba.

3 comments:

Tajam Batu said...

Salam,

Satu lagi petua yang penah aku apply dan terbukti berkesan ialah meletakkan roti gardenia dalam boot dan dalam ruang kereta. Buboh 4 -5 keping, lagi banyak lagi 'power'. Esoknya roti jadi keras macam biskut, tapi bau busuk hilang. Agar tidak jadi pembaziran, roti-roti yang dah digunakan tu boleh la sedekah kat ayam, kucin atau kera (kebetulan kat rumah aku banyak kera liar!)

Tajam Batu said...

Salam, Pak Mat!

Here is something unrelated to herbas, but quite interesting reading. Learn about the 'unconventional' history of Kedah. Click here - http://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com/

ahmad abdul said...

waalaikumussalam. pasal roti gardenia tu, tajam batu' boleh jugak, tapi kan ia menjemput lipas! Buka setakat dia bertandang, membiak pulak tu.
t/kasih. nota sejarahnagarakedah tu memang eye opener.