Saturday, January 1, 2011
Saw palmetto boleh mengatasi masalah kencing tak lawas
Orang sering bercakap masalah kencing tak lawas ini sering dikaitkan dengan lelaki atau pria yang lanjut usia, usia emas atau 50an. Wanita mungkin kurang menghadapi masalah ini, mungkin kerana faktor biologi. Memang satu penyiksaan yang amat sangat sekiranya kita menghadapi masalah ini yang kerapnya dikaitkan dengan pembesaran prostat. Kencing tak boleh atau kencing menitis atau kencing tak puas. Hai memang parah. Sebab itulah menjadi bahan gurauan jika jika bersua dengan rakan seusia 50an, persoalan2 kesihatan yang lumrah ialah: 'engkau lalu makan?, tidur engkau nyenyak?, boleh kentut?boleh buang air besar? dan yang akhir engkau boleh kencing? Jarang ditanya soalan-soalan seperti ' berapa banyak wang engkau di bank? Kerana kalau diusia emas, kita boleh menyelesaikan 5 perkara di atas kira-kira dah kaya tu! apa tidaknya, kita sudah pasti dapat melakukan semua ibadat yang wajib dan sunat tanpa gangguan, sempurna!
Bila kita disahkan sebagai menghadapi masalah prostat, biasanya doktor akan mencadangkan kita mengambil ubat atau pil yang berasaskan saw palmetto. apa sebenarnya saw palmetto ini? ekstrak saw palmetto yang banyak diperkatakan adalah mengenai buah daripada serenoa repens. Sejak tradisinya ia banyak digunakan dalam pelbagai masalah kesihatan bergantung kepada kaum atau masyarakat setempat. Ada yang mengambilnuya dalam bentuk jus sebagai tonik dan ada yang mengambil buah yang dalam kategori beri ini sebagai ekspektoran dan juga sebagai antiseptik.
Buah saw palmetto (SP) ini kaya dengan asid-asid lemak dan fitosterol dan ektraknya telah menjadi bahan kajian intensif untuk rawatan jangkitan saluran kencing serta beberapa masalah kesihatan yang lain.
Namun , kajian awal SP ke atas rawatan benign prostatic hyperplasia atau pembesaran kelenjar prostat begitu memberangsangkan . Perubahan dengan tahap ringan dan sederhana boleh dilihat dalam simptom-simptom berkaitan dan aliran kencing yang diukur. Ujian-ujian lain juga memperlihatkan perbezaan ketara dengan plasebo.
Berdasarkan ujian ke atas peserta yang mengambil 320mg ekstrak saw palmetto sehari, perubahan yang ketara boleh dilihat berbanding plasebo. Dengan ini pengambilan SP ini didapati bermanfaat dalam membantu masalah berkaitaan pembesaran kelenjar prostat. Pengambilannya dianggap sesuai memandangkan ia lebih mesra pengguna dan kurang memberi kesan sampingan seperti sakit kepala.
dalam ujian lain perubahan positif juga dicatatkan selepas pengambilanm selama 90 hari. Ada yang mencatatkan perubahan positif sebelum tempoh 2 bulan dan ia dianggap berkesan dalam meringankan simptom-simptom akibat pembesaran kelenjar prostat. keran keupayaan inilah saw palmetto digunakan sebagai antara cadangan utama untuk memperbaiki kesihatan prostat di kalangan ahli urologi german dan Australia. dalam formulasi terkini untuk kesihatan prostat , SP banyak digabungkan dengan pumpkin seed atau biji labu untuk kesan sinergistik.
Pembesaran kelenjar prostat bukanlah masalah luar biasa di kalangan lelaki dan risikonya bertambah apabila usia meningkat. Simptom-simptomnya mungkin berbeza dan pelbagai antara individu, namun simptom umum termasuklah aliran kencing yang lemah, kerapkali merasa desakan untuk kencing , lebih susah untuk memulakan atau menghentikan kencing, air kencing boleh menitis dan beberapa lagi.
Masalah berkaitan kencing tak lawas ini lebih biasa dialami dikalangan lelaki berusia. namun begitu, masalah ini boleh menjurus kepada masalah lain seperti jangkitan buah pinggang serta jangkitan pada pundi dan acute urinary retention (pundi kencing tidak dapat menyingkirkan urin) .
Dalam usaha menjaga kesihatan prostat, memperolehi zat besi yang mencukupi juga dianggap sebagai kriteria penting. Penyerapan zink juga boleh merosot di kalangan mereka yang berusia. Pengambilan vitamin B pula dicadangkan khususnya vitamin B6 untuk membantu penyerapan zink. Oleh yang demikian penghidap masalah ini seharusnya mengelak daripada mengambil alkohol kerana ia boleh meningkatkan penyingkiran banyak nutrien penting tubuh termasuk zink dan vitamin B6.
- dipetik dan dipadankan drpd Mingguan Malaysia, 2.1.2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment