Pages

Wednesday, October 7, 2009

P O K O K T E J A

Sebut teja, ramai penggemar cerita Melayu kelasik terbayang Tun Teja yang ada affair dengan Hang Tuah tu. Kalau kita dibesarkan di bandar, dan balik kampung sekadar menghabiskan cuti raya saja besar kemungkinan juga kita tidak mengenal apa itu pokok teja; apatah lagi mengetahui sedikit sebanyak tentang khasiatnya.
Dipendekkan cerita, pokok teja ini boleh di dapati di kebanyakkan kampong. Pada satu letika dulu orang kampong sibuk menebang pokok durian, digantikan dengan pokok teja kononnya harga kayu teja mahal. Namun pasaran merudum, kayu teja tiada harga lagi dalam pasaran, p0kok teja ditebang semula. Apa guna disimpan, buahnya bukanlah boleh dimakan!
Tuhan maha kaya, setiap ciptaanNya mesti ada kebaikannya. Bagitu juga dengan pokok teja. Ada khasiatnya! Cuma ramai yang tidak tahu. Yang kebanyakan kita hanya tahu bahawa kayunya boleh dibuat 'colok' atau pun digunakan sebagai salah satu bahan k0mponen membuat ubat nyamuk!

P0kok teja yang tumbuh di Malaysia kita juga dikenali sebagai Medang Teja, Medang kemangi, Teja lawang dan juga kayu manis hutan. (Pokonya hampir serupa dengan pokok kayu manis)
Nama botaninya ialah cinnamomum Imers Reinw.

Khasiat:
  • akar : air rebusan (boleh dicampur denmgan daunnya sekali, digunakan oleh mandi selepas bersalin. Selain itu boleh digunakan sebagai rawatan demam panas.
  • daun : ditumbuk lumat, cecair diperah dan disapu pada luka akbit terkenan racun sumpitan getah Ipoh atau pun untuk sendi yang mengalami rheumatisme.
  • Pokok : ambil sedikit kulitnya yang lembut. Kunyah, cecairnya ditelan. mampu merawat perut memulas. Boleh juga kulitnya dibancuh dengan teh herba untuk merangsang cirit birit (kaedah mencuci perut dan usus)
  • daun : minyak diekstrak dan digunakan sebagai perisa gula-gula, kuih muih serta manisan.
  • pokok : musilajnya digunakan untuk membuat ubat nyamuk, colok, produk plastik, formika, gam, lapisan dalam tayar, pelapis kertas kualiti tinggi, cat, gelas,fiber.
  • kulit pokok: dijual di Sarawak yang juga dikenali sebagai ' mesni ' dan juga digunakan sebagai ramuan membaut teh, perisa, rempah ratus.
Kandungan

  1. Daun : mengandungi saponin, terpen, minyak pati ( menghandungi juga eugenol, terpen, aldehid sinamik.
  2. akar : mengandungi saponin, terpen, eugenol, aldehid, benzaldehid, safrol
  3. kulit pada batang : alkoloid, saponin, terpen.
  4. batang pokok : saponin, terpen
Jenis-jenis bahan kimia yang terdapt dalam pokok teja:

  1. Alkaloid : jenis beracun, rangsang sistem saraf, penghadaman, pengedaran darah dan bersifat narkotik
  2. Eugenol : mempunyai kesan anti bakteria, anti cacing, anti nematod, antiseptik dan bius.
  3. Saponin : Jenis beracun, rangsang, hasil hingus, anti radang, , tonik-lelaki/wanita
  4. Terpen: kesan merangsang

1 comment:

me.i.you said...

Tuan, ada orang kata, teja ni ada dua jenis.. 1 teja lawang. Satu teja ubat nyamuk.. Mohon pencerahan tuan..