Jadi melalui wadah ini saya ingin menokoktambah sedikit mengenai avokado ni.
Avokado ni kadang2 dipanggil jua sebagai ' pir buaya' (agaknya tekstur kulitnya yang menggerutu). Lewat kurun 17,18 yang silam ia lebih dikenali sebagai ' pir mentega' kerana buahnya yang banyak lemak. Asal usul buah ini kononnya dari Amerika Tengah. Sekarang ini ia boleh didapati di kebanyakan negara yang mempunyai taburan hujan yang banyak serta bersuhu panas.
Avokado diakui berkhasiat kerana kandungan mineral serta vitamin di dalamnya yang hampir menyerupai kandungan daging ( tapi ia tidak merbahaya). Cuba lihat di bawah perbezaan di antara Avokado dan Daging.
Avokado
- banyak air
- tiada kolesterol
- ambil masa hanya 2-4 jam untuk hadam
- tidak mengandungi parasit atau tumor
- tiada bahan kimia
- tidak alergik
- baik untuk jantung
- bersifat alkali
- kurang mengandungi air dan tiada serat
- kolesterol tinggi
- mengambil masa 12-14 jam untuk hadam
- Sesetengahnya mengandungi parasit
- mengandungi hormon serta antibiotik (terutama yg makan dedak)
- terkandung bahan alergik
- tidak digalakkan kepada mereka yang mempunyai masalah berat badan, diabetes,
barah serta darah tinggi - Berasid
Hasil perbandingan di atas nyata sekali buah avokado buah/makanan yang lengkap, berkhasiat malah lebih baik daripada daging.
Ia mempunyai vitamin A, B kompleks, C,E, H,K dan asid folik serta mineral magnesium, besi, kalsium dan kalium(potassium) . Sebenarnya sebiji buah avokado mengandungi khasiat protein sama dengan sekeping stik daging yang besar. Apatah lagi ia tidak mengandungi lemak yang merbahaya yang terdapat dalam daging. Bagi wanita ia berguna untuk melebatkan rambut, melembutkan kulit muka, mencantikkan kuku, malah membantu mengurangkan bau badan (BO) dan baik pula untuk otak.
No comments:
Post a Comment