Pages

Wednesday, September 30, 2009

C H A Y O T E

Dengar nama macam coyote, sejenis anjing yang banyak berkeliaran di kawasan gurun. Tapi yang ni bukan haiwan. Tumbuhan! Kalau rajin ke pasaraya, tentu sekali kita ternampak sayur ni. Tak terlintas di benak nak beli kerana tak tau sebenarnya buah ka sayur. Bentuknya pula amat unik. Kerana bentuknya tidak seragam. pelik. Konon ceritanya buah ini berasal dari Amerika Tengah, Mexico. Di negara jiran kita pun dah popular; tapi lebih dikenali sebagai labu siam. ( Agaknya benih asal di bawa masuk dari Thailand!).
Darijauh pokok labu siam samalah seperti pokok petola atau ketula ( orang utara).Bezanya, batang chayote ini keras dan mampu bertahan sehingga setahun. Dalam tempoh tu kita boleh pungut hampir 300 biji buah chayote ni. Banyak tu.

apa rasanya? Macam dwi timun serta buncis. Boleh dimakan mentah tapi perlu dibuang kulitnya. Dan tentulah kena basuh kerana buahnya mempunyai getah. Buat sayur pun sedap. Msah dengan gulai pun boleh tahan jugak.
Khasiatnya? Buah labu siam ni sebenarnya kaya dengan serat, asid amino, vitamin C, B6 kalium dan magnesium. Daunnya boleh direbus dijadikan teh. Ada orang kata boleh meredakan tekanan perasaan dan menyembuhkan penyakit batu karang. Wallahu a'lam.

No comments: