Pages

Wednesday, September 30, 2009

L E N G K U A S

Sebut pasal lengkuas. semua orang tau. Kecik, besar, tua, muda, hampir semua kaum di Malaysia kenal sangat lengkuas ni. Sayangnya dalam pasaran kita la ni banyak sangat lengkuas dari Siam. Bukan apa, lengkuas tu tetap lu=engkuas jugak, tapi khabarnya di seberang sana banayak sangat guna racun. Yang kita tak boleh guna di sini, depa boleh. ( Ada pulak tu orang di sini diam2 bawak masuk racun tu ke Malaysia).
Jangan sangka lengkuas boleh hidup di negara tropika seperti Malaysia saja, malahan di Eropah pun boleh tumbuh. ( Lengkuas di sana kecil2 saja). Apa pun lengkuas kita sebenarnya berasal dari Pulau Jawa, Indonesia). Kegunaan lengkuas memanglah diketahui semua. Masakan_ rendang, sup, gulai, sayur dll. Tapi yang perlu kita tahu ialah kegunaannya dalam bidang perubatan alternatif/tradisional.
Apa khasiat lengkuas?
  • menambah selera makan
  • membantu membersihkan darah
  • membantu mencairkan kahak
  • merangsangkan otot
  • bahan untuk membuat jamu/ubat untuk menambahkan tenaga batin!
  • Letih, tak bermaya, kurang selera makan: Ambil biji buah lengkuas. tumbuk sehingga lumat, tuskan untuk mendapatkan airnya, campur dengan segelas air suam dan amalkan minum di waktu pagi dan sebelum tidur
  • Anti fungus: Ubat panau. Gosok lengkuas yang telah diparut pada panau atau kurap
  • Penyakit limpa bengkak: Rebus 2 batang lengkuas (dengan rizomnya sekali) bersama dengan 3 rizom temu lawak serta segenggam daun dukung anak serta 3 cawan air. Rebus sehingga berbaki secawan. Minumlah 2 kali sehari (pagi serta petang).
  • Orang Cina percaya lengkuas boleh membantu menghalang muntah, sakit sejuk badan serta mencegah cirit birit.

C H A Y O T E

Dengar nama macam coyote, sejenis anjing yang banyak berkeliaran di kawasan gurun. Tapi yang ni bukan haiwan. Tumbuhan! Kalau rajin ke pasaraya, tentu sekali kita ternampak sayur ni. Tak terlintas di benak nak beli kerana tak tau sebenarnya buah ka sayur. Bentuknya pula amat unik. Kerana bentuknya tidak seragam. pelik. Konon ceritanya buah ini berasal dari Amerika Tengah, Mexico. Di negara jiran kita pun dah popular; tapi lebih dikenali sebagai labu siam. ( Agaknya benih asal di bawa masuk dari Thailand!).
Darijauh pokok labu siam samalah seperti pokok petola atau ketula ( orang utara).Bezanya, batang chayote ini keras dan mampu bertahan sehingga setahun. Dalam tempoh tu kita boleh pungut hampir 300 biji buah chayote ni. Banyak tu.

apa rasanya? Macam dwi timun serta buncis. Boleh dimakan mentah tapi perlu dibuang kulitnya. Dan tentulah kena basuh kerana buahnya mempunyai getah. Buat sayur pun sedap. Msah dengan gulai pun boleh tahan jugak.
Khasiatnya? Buah labu siam ni sebenarnya kaya dengan serat, asid amino, vitamin C, B6 kalium dan magnesium. Daunnya boleh direbus dijadikan teh. Ada orang kata boleh meredakan tekanan perasaan dan menyembuhkan penyakit batu karang. Wallahu a'lam.

Tuesday, September 29, 2009

Lagi pasal avokado

Sebut pasal avokado memang ramai yang tidak tahu tentang khasiatnya apatah lagi minat untuk menjadikannya sebagai makanan kegemaran yang berkhasiat. Puncanya mungkin buah avokado ini mahal harganya.( RM3 sebiji). Kurang pula pendedahan di media tentang khasiatnya dan akhir sekali petani di Malaysia kurang berminat untuk menanamnya mungkin barangkali disebabkan oleh faktor penawaran serta permintaan yang jurangnya amat ketara sekali. Siapa mahu tanam, kalau tiada yang mahu membelikan?
Jadi melalui wadah ini saya ingin menokoktambah sedikit mengenai avokado ni.
Avokado ni kadang2 dipanggil jua sebagai ' pir buaya' (agaknya tekstur kulitnya yang menggerutu). Lewat kurun 17,18 yang silam ia lebih dikenali sebagai ' pir mentega' kerana buahnya yang banyak lemak. Asal usul buah ini kononnya dari Amerika Tengah. Sekarang ini ia boleh didapati di kebanyakan negara yang mempunyai taburan hujan yang banyak serta bersuhu panas.
Avokado diakui berkhasiat kerana kandungan mineral serta vitamin di dalamnya yang hampir menyerupai kandungan daging ( tapi ia tidak merbahaya). Cuba lihat di bawah perbezaan di antara Avokado dan Daging.

Avokado
  1. banyak air
  2. tiada kolesterol
  3. ambil masa hanya 2-4 jam untuk hadam
  4. tidak mengandungi parasit atau tumor
  5. tiada bahan kimia
  6. tidak alergik
  7. baik untuk jantung
  8. bersifat alkali
Daging

  1. kurang mengandungi air dan tiada serat
  2. kolesterol tinggi
  3. mengambil masa 12-14 jam untuk hadam
  4. Sesetengahnya mengandungi parasit
  5. mengandungi hormon serta antibiotik (terutama yg makan dedak)
  6. terkandung bahan alergik
  7. tidak digalakkan kepada mereka yang mempunyai masalah berat badan, diabetes,
    barah serta darah tinggi
  8. Berasid

Hasil perbandingan di atas nyata sekali buah avokado buah/makanan yang lengkap, berkhasiat malah lebih baik daripada daging.
Ia mempunyai vitamin A, B kompleks, C,E, H,K dan asid folik serta mineral magnesium, besi, kalsium dan kalium(potassium) . Sebenarnya sebiji buah avokado mengandungi khasiat protein sama dengan sekeping stik daging yang besar. Apatah lagi ia tidak mengandungi lemak yang merbahaya yang terdapat dalam daging. Bagi wanita ia berguna untuk melebatkan rambut, melembutkan kulit muka, mencantikkan kuku, malah membantu mengurangkan bau badan (BO) dan baik pula untuk otak.

Friday, September 11, 2009

Rahsia Al Fatihah

Rahsia Fadhilat Surah Fatihah & Cara Amal
Dalam kekusutan minda. Dalam ketidak tenteraman jiwa. Dalam kecelaruan ummat. Dan dalam segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini. Saya berpendapat, adalah teramat MUSTAHAK bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan ilmu2. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang terlebih pentingnya ialah mengamalkan ilmu yang kita ada.
Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk memahami dan meneliti tentang kehebatan dan keistimewaan surah al-Fatihah.
Bukan hanya sekadar mengetahui tentang kelebihan surah Fatihah ini, malah saya menyeru kepada anda semua, agar kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu yang dikongsikan dibawah ini.
Baca dan ketahuilah ‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.
1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
* Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.
2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.
3. Untuk merawat masalah sakit kepala/ sakit yang berkaitan dengan otak:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.
4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut..
5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.
6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)
* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.
Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja
Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah.
Wallahualam.
Sumber ilmu : Diajar oleh Dr. Fatma Az-Zahra (semasa kelas tafsir al-Quran